Filem 'MNIK' Lebih Pendek Untuk Pasaran USA

Diterbitkan: Isnin, 22 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

FILEM My Name Is Khan (MNIK) yang dijadualkan menembusi pawagam-pawagam seluruh Amerika Syarikat pada musim panas ini adalah berbeza daripada versi asal filem itu yang ditayangkan di India dan negara-negara lain.

Menurut laporan, filem kontroversi yang bakal ditayangkan di Amerika itu berdurasi lebih pendek daripada versi asalnya. Keputusan itu disahkan oleh aktor filem itu sendiri, Shah Rukh Khan.

"Memang benar, kami akan memotong durasi filem ini kepada lebih pendek bagi menyesuaikannya dengan penonton di Amerika yang tidak biasa dengan durasi panjang sebuah filem Bollywood.

"Dengan keputusan itu, ia sekaligus membolehkan filem ini menjadi filem India pertama yang mendapat peluang untuk ditayangkan di sana," kata aktor itu.

Pengarahnya, Karan Johar pula berkata, "Benar, durasi MNIK akan menjadi lebih pendek bagi pasaran di Amerika Syarikat. Bagaimanapun, pemendekkan durasi filem itu tidak akan merosakkan momentum dan plot filem itu.

"Kami telah serahkan kerja penyuntingan untuk versi Amerika itu kepada penyunting MNIK, Deepa Bhatia. Dia berpengalaman dan cukup versatil untuk memahami selera penonton di sana.

Karan turut mengakui, bukan durasi lagu atau filem itu yang akan menentukan durasi baru filem itu kelak. Ini kerana, pihaknya mendapat tahu bahawa penonton di sana menyukai lagu-lagunya.

Justeru, lagu-lagu dalam filem itu tidak akan dibuang. Deepa bagaimanapun masih lagi memikirkan bahagian mana yang lebih bersesuaian untuk dibuang.

Bintang-bintang filem itu termasuk Shah Rukh Khan dan Kajol dijangka akan berada di Amerika Syarikat pada musim panas ini bersempena tayangan perdana filem itu di sana.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan