USM Catat Rekod Teater Monolog Terpanjang Di Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 21 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

  Salah satu babak yang dilakonkan Khairol Azhar Abd. Jalil dalam teater monolog bertajuk
Salah satu babak yang dilakonkan Khairol Azhar Abd. Jalil dalam teater monolog bertajuk "Pencegahan Rasuah Tanggungjawab Bersama" di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM). - Foto BERNAMA

UNIVERSITI Sains Malaysia (USM) pada Sabtu berjaya mementaskan teater monolog selama enam jam tanpa henti yang hanya dilakonkan oleh seorang pelakon, sekaligus mencatat rekod sebagai teater monolog terpanjang di Malaysia.

Kejayaan itu akan direkodkan dalam Malaysia Book of Records.

Rekod terdahulu teater monolog terpanjang adalah selama 4.4 jam yang dicatat pada tahun 2003 di Johor.

Teater USM tersebut yang bertemakan "Pencegahan Rasuah Tanggungjawab Bersama" dipentaskan bermula pukul 9 pagi hingga 3 petang di Dewan Budaya USM.

Ia memuatkan tujuh pengkisahan berbeza tentang rasuah yang dilakonkan oleh Khairol Azhar Abdul Jalil.

"Walaupun penat, saya berpuas hati kerana berjaya memecahkan rekod teater monolong terpanjang di Malaysia," kata Khairol Azhar kepada pemberita kemudiannya.

Pengerusi projek pementasan teater itu, Nurmaizatulhana Othman berkata objektif pementasan teater tersebut antaranya ialah untuk menghapuskan jenayah rasuh, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dengan menggunakan kaedah pendidikan melalui teater kepada masyarakat khususnya golongan muda.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan