Teater 'Antara...' Ubat Penyakit Remaja - Erma

Diterbitkan: Ahad, 21 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Erma akan terbitkan teater terbaru, Antara... pada 26 hingga 28 Februari ini di Istana Budaya.
Erma akan terbitkan teater terbaru, Antara... pada 26 hingga 28 Februari ini di Istana Budaya.

SEJAK lima tahun memperjuangkan program Islamik, penerbit Erma Fatima mendapati masyarakat Islam tempatan kurang tertarik untuk mendekati program seperti itu.

Daya tarikan yang kurang itu secara tidak langsung mempengaruhi pihak penaja daripada menaja program yang dianjurkannya.

Ini termasuk beberapa teater yang dipersembahkan oleh pengarah terkenal itu seperti Sirah Junjungan, Sirah Junjungan Tahajud Cinta dan terbaru Antara….

Antara… akan dipentaskan pada 26 hingga 28 Februari ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Jika dilihat teater yang bakal menyelitkan nyanyian berunsur kerohanian kepada penonton itu, ia turut mempertaruhkan barisan pelakon dan penyanyi popular seperti Fahrin Ahmad, Nasha Aziz, Jamal Abdillah, Hattan, Azlan & The Typewriter, Ziana Zain temasuk Ellie Suriati sebagai pengarahnya.

Persoalannya aura artis popular itu sememangnya tidak menarik perhatian penaja dengan alasan mereka tidak mempunyai peruntukan untuk program berbentuk Islamik.

Namun, Erma sudah ‘masak’ dengan alasan seperti itu. Dia sudah tidak mengharapkan bantuan penaja pada saat genting ini melainkan promosi daripada pelbagai pihak termasuk rakan media.

“Nak beli iklan saya tak mampu dan kami bergerak tanpa penaja demi menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul,” luah Erma sayu.

Ini kerana teater yang bakal menjengah penonton dalam lima hari lagi itu baru terjual tidak sampai 400 keping tiket.

Pengarah Terbaik Drama dan Lakon TV Terbaik Anugerah Skrin 2009 menerusi drama Tersasar Di Jalanmu itu juga berasa kecewa dengan sikap masyarakat Islam yang tidak menyokong teater keislaman.

“Kalau nak banding tiket saya yang berharga RM50 hingga RM250 itu, kenapa lebih ramai yang sanggup mengeluarkan duit untuk menonton teater Mamma Mia yang berharga RM1,500.

“Saya tertanya-tanya, ada silap ke dalam program saya. Nak kata buruk, saya rasa tiadalah buruk sangat hingga orang tak boleh faham,” tuturnya.

Antara… mengisahkan tentang iblis yang bersumpah untuk bersahabat dengan manusia sejak memperdaya Nabi Adam sehingga baginda diturunkan ke bumi.

Jelas pengarah teater Natrah itu, jika bukan dia yang memilih untuk mengadun cerita seperti itu, hendak diharapkan kepada siapa lagi.

Lagipun, teater berkenaan sekurang-kurangnya dapat mengubat ‘penyakit’ muda-mudi sekarang yang mudah terpengaruh dengan budaya yang bertentangan dengan Islam tanpa mereka sedar.

“Misalnya kita tengok budaya Black Metal. Mereka terpengaruh melalui muzik, fesyen dan filem yang dipaparkan. Jika ‘penyakitnya’ datang daripada dunia seni, jadi ‘penawarnya’ juga adalah melalui seni.

“Kalau nak ajak mereka mendengar syarahan agama, mati hidup semula pun mereka tidak akan datang.

“Saya tak dapat untung apa-apa pun. Pentas teater bukan tempat saya mencari duit tetapi melalui televisyen.

“Tetapi saya berharap kalau dalam 1,000 penonton yang datang boleh memahami naskhah ini pun sudah cukup bagus,” tegasnya penuh semangat.

Penonton boleh mendapatkan tiket berharga RM50, RM70, RM100, RM150, RM200 dan RM250 untuk menonton teater Antara… di Istana Budaya pada 26 hingga 28 Februari ini.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan