Nirina Tak Sabar Bawa Bayinya Keluar

Diterbitkan: Ahad, 21 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NIRINA ZUBIR
NIRINA ZUBIR

PASANGAN artis Indonesia, Nirina Zubir dan Ernest Cokelat sudah tidak sabar membawa anak pertama mereka untuk berjalan-jalan.

Pasangan bahagia itu ingin membeli perlengkapan bayi secara langsung dengan membawa bayi mereka ke pusat membeli-belah. Namun begitu mereka terpaksa menunggu hingga usia bayi mereka 40 hari.

"Kami sudah tidak sabar untuk berjalan-jalan ke pusat membeli belah, namun dengan keadaan bayi masih kecil kami terpaksa tunggu sehingga usianya 40 hari. Aduh... sudah tidak sabar lagi menunggu," ujar Ernest seperti dipetik Kapanlagi.com

Kesihatan bayi mereka yang mempunyai masalah penyakit kuning membuatkan pasangan berkenaan menunda dan membataskan pergerakan mereka untuk keluar. Bayi pasangan ini menghadapi gangguan pada organ dalamannya.

"Hatinya begitu sensitif sekali. Di rumah kami tidak boleh menggunakan sabun pembersih yang mengandungi bahan-bahan tertentu. Di rumah sahaja sudah mendatangkan banyak risiko inikan pula di luar," ujar Ernest.

Pasangan ini lebih berhati-hati dalam menjaga bayinya itu seperi rawatan di hospital.

"Doktor juga menyarankan bayi ini tidak boleh terdedah dengan matahari tapi saya jemur kerana menurut orang tua cahaya matahari bagus untuk bayi," ujarnya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan