‘Anak Pontianak’ Buat Hal Lagi

Diterbitkan: Ahad, 21 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEBELUM ini pelakon drama ‘Anak Pontianak’ itu pernah mencetuskan kontroversi berhubung gambar separuh bogelnya di Internet.

Pada Sabtu lalu, Zarina An-Julie Mohd. Fahizul, 24, buat hal lagi apabila dia disahkan positif dadah selepas menjalani saringan ujian air kencing dalam satu sekatan jalan raya 'Ops Perayaan Tahun Baru Cina' berhampiran Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).

Dia ditahan setelah mengaku mengambil dadah jenis ketamin ketika diarahkan menjalani ujian saringan air kencing. Seorang lagi rakannya yang mengaku mengambil dadah jenis syabu turut ditahan dalam operasi yang disertai anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan.

Wardina Berjumpa Nik Aziz Bukan Sebab Politik

Semalam, pelakon dan pengacara terkenal, Wardina Saffiyah menafikan dia berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat baru-baru ini kerana kepentingan politik.

Menerusi sebuah akhbar, dia mengaku sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja selagi mereka mempunyai niat melakukan kebaikan.

Kelmarin, akhbar itu juga melaporkan berita mengenai penulis blog di alamat maharajablogger.blogspot.corn yang membidas kenyataan Wardina berhubung pengakuan artis itu berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan dengan entri bertajuk Wardina Anasir Pas.

Hans Isaac Berlakon Filem Filipina Miss You Like Crazy

Jika sebelum ini Hans terpaksa menolak pelawaan produksi besar dari Manila, Filipina iaitu ABS-CBN Film Productions Inc. (Star Cinema) untuk berlakon sebuah drama terbitan produksi itu kerana sibuk dengan projek teater Cuci The Musical.

Kali ini, dia tidak menolak lagi apabila ditawarkan berlakon filem berjudul Miss You Like Crazy (MYLC).

Hans agak bertuah kerana terpilih sebagai pelakon pertama Malaysia yang berlakon filem di bawah produksi Filipina yang pernah menerbitkan filem box-office.

Filem itu diarahkan oleh Cathy Garcia-Molina, pengarah terkenal di Manila yang pernah menghasilkan filem paling box-office di sana seperti A Very Special Love, You Changed My Life, dan You Are The One. Ia turut menampilkan pelakon terhangat Filipina iaitu Bea Alonzo dan John Lloyd Cruz.

Menariknya mengenai filem berbahasa Inggeris, Melayu dan Tagalog itu, ia akan ditayangkan di 130 pawagam di Manila serta 15 buah negara di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Kanada dan India pada 24 Februari ini.

Pak Chat Meninggal Dunia

Pelopor lagu nasyid 80-an, Ahmad Hassan, 63, menghembuskan nafas terakhirnya pada petang Rabu lalu, 17 Februari di Hospital Pusat Pakar Al Islam, Kampung Baru, Kuala Lumpur kerana komplikasi buah pinggang.

Jenazah Allahyarham dibawa balik ke rumahnya di Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam kampung itu keesokannya.

Dia dikenali dengan panggilan Pak Chat kerana watak yang dipegangnya menerusi drama radio yang begitu popular pada 70-an, Fajar Di Bumi Permata.

Selain popular menerusi drama itu, beliau popular dengan lagu Godaan Dunia, Ilahi, Allahu Rabbi, Cubalah Cuba dan Boleh Kata Boleh.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan