'An Honest Mistake' Agresif Di Pentas

Diterbitkan: Ahad, 21 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

An Honest Mistake bakal rakam lagu Melayu
An Honest Mistake bakal rakam lagu Melayu

JARANG sekali kita dengar kumpulan muzik indie dari kalangan anak muda berbangsa Tiong Hua, tetapi perkara itu bukan lagi asing apabila mengenali kumpulan An Honest Mistake.

Kemunculan kumpulan yang dianggotai oleh lima jejaka dan seorang gadis itu sebenarnya sudah dua tahun mula aktif dalam bidang muzik.

Kumpulan An Honest Mistake dianggotai Darren Teh, 23, (vokalis dan pemain gitar), Kevin Tan, 19, (pemain bass), Danny New, 21, (pemain biola), Kevin Theng, (Pemain drum), Leonard Chua, (pemain gitar utama).

Biarpun berbangsa Cina, namun kumpulan ini hanya mempertaruhkan lagu-lagu versi bahasa Inggeris dan turut berhasrat untuk mencipta lagu dalam versi bahasa Melayu suatu hari nanti.

"Buat masa ini, semua lagu-lagu kami berbahasa Inggeris, belum terfikir lagi untuk mencipta lagu Bahasa Mandarin.

"Tapi kami juga ada merancang untuk hasilkan lagu dalam bahasa Melayu," kata Darren, yang bekerja sebagai pensyarah di Universiti Lim Kok Wing.

Walaupun menyedari hakikat penerimaan muzik tempatan yang semakin perlahan, namun Darren dan kumpulannya tetap nekad dengan perjuangan mereka untuk memartabatkan muzik berkonsepkan pop sebagai memeriahkan industri muzik tanah air.

"Memang sekarang orang kita lebih suka dengan muzik luar, tapi disebabkan kami memang minat dengan muzik tersebut, saya tidak sesekali bimbang dengan situasi itu.

"Saya tidak kisah, jika ikutkan hati mahu sahaja cetak dalam ke semua jenis cakera padat termasuk kaset.

"Konsep muzik yang dibawa kami buat masa ini semuanya pop, tapi mungkin kami akan cuba pula muzik rap untuk masa hadapan," ujar pensyarah muda itu.

Selain bergelar artis, namun kesemua anak-anak muda itu mempunyai kerjaya lain dan menganggap bidang nyanyian adalah antara cara mereka mencari hiburan di samping minat yang mendalam terhadap bidang tersebut.

Walaupun sibuk dengan tugasan seharian, namun Darren selaku ketua kumpulannya, tetap memastikan mereka selalu membuat latihan di samping memenuhi masa lapang.

"Selepas pukul lima petang, saya akan ke studio '12records' di Subang Jaya, di sana kami akan praktik bersama.

"Kami terpengaruh dengan muzik yang dibawa oleh kumpulan 'Broken scar', tapi kami ada cara tersendiri. Buat masa ini, kami sudah mempunyai 10 buah lagu," katanya.

Antara lagu mereka yang sudah diputar di radio adalah 'This Song Is So Random, I Don't Know Why' dan 'The Snake With limbs.

"Mungkin dengar lagu kami itu agak pelik, tapi itu adalah antara simbol untuk mengenali kumpulan kami.

"Selain itu, kumpulan kami juga akan bertindak agresif semasa mengadakan persembahan selain menampilkan penyanyi perempuan sebagai tarikan," ujarnya sambil ketawa.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan