3 Filem India Ditayangkan Di Festival Filem Belgrade

Diterbitkan: Ahad, 21 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Omprakash Mehra, ketika meneriam anugerah di Zee Cine Awards 2007 di Arena of Stars, Genting Highlands.
Omprakash Mehra, ketika meneriam anugerah di Zee Cine Awards 2007 di Arena of Stars, Genting Highlands.

TIGA buah filem India, 'Gulaal', 'Delhi-6' dan 'Dev D' akan ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Belgrade ke-38 (FEST) di Serbia yang telah berlangsung pada 19-28 Februari ini.

Filem 'Gulaal' dan 'Dev. D' adalah hasil arahan pengarah Anurag Kashyap.

Filem 'Gulaal' mengisahkan kehidupan lelaki Rajput yang mengharungi kekejaman akibat pembelotan dan politik. Filem ini dibintangi Kay Kay Menon, Jesse Randhawa, Ayesha Mohan dan Mahie Gill.

Manakala filem 'Dev. D' pula mengadaptasikan kisah novel hasil tulisan Saratchandra Chatterjeey. Filem itu turut didokong oleh pelakon popular Abhay Deol, Mahie Gill dan Kalki Koechlin.

Manakala filem "Delhi-6' pula adalah arahan Rakesh Omprakash Mehra, yang mengisahkan harapan, cinta dan kehidupan yang huru-hara di sebalik bandar Delhi.

Filem ini telah dibintangi oleh Waheeda Rehman, Abhishek Bachchan, Sonam Kapoor, Rishi Kapoor dan Om Puri.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan