Penyanyi Australia, Ruby Hunter Meninggal Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 20 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI kaum Orang Asli Australia, Ruby Hunter telah meninggal dunia akibat serangan jantung.

Hunter, 55, telah meninggal dunia pada hari Rabu (17 Februari 2010) di Victoria, Australia, yang disahkan oleh penguruskan Jill Shelton.

Penyanyi warganegara Ngarrindjeri itu memulakan karier bersama kawannya Archie Roach dan pernah dikatakan hidup tanpa rumah di Adelaide, Australia selatan.

Sepanjang kerjayanya, Hunter menerima dua pencalonan di anugerah ARIA. Selain itu, dia pernah mendapat sanjungan di Deadlys yang merupakan majlis penghormatan pencapaian golongan Orang Asli dalam bidang muzik.

Hunter pernah menerima anugerah Artis Wanita pada tahun 2000 dan anugerah sumbangan cemerlang Aboriginal and Torres Strait Islander Music pada tahun 2003.

Hunter turut dijadualkan akan mengadakan persembahan di Festival Adeladide yang akan datang.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan