Lady Gaga Diajak Tanggalkan Baju Di Tangga Sydney Opera House

Diterbitkan: Sabtu, 20 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ARTIS Amerika Spencer Tunick telah menjemput penyanyi kontroversi Lady GaGa untuk menanggalkan pakaiannya bersama-sama ribuan penduduk Australia di tangga Sydney Opera House bulan depan.

Gaga, 23, baru-baru ini mendedahkan yang dia mendapat inspirasi dari Tunick, 43, seorang jurgambar terkenal yang merakam potret manusia telanjang di tempat awam.

Malah Gaga sendiri pernah menulis tesis sebanyak 80-muka surat tentang Tunick semasa dia masih muda.

Tunick, yang akan sampai di Sydney minggu depan, tidak sabar untuk membuat potret Lady Gaga dalam keadaan yang sedemikian.

"Saya ingin menjemput Lady GaGa untuk datang ke Australia dan ambil bahagian di acara yang disebutkan itu di Sydney Opera House pada 1 Mac," kata Tunick, seperti yang dilaporkan oleh Daily Telegraph.

"Saya rasa Lady Gaga boleh mengambil bahagian tanpa diketahui oleh sesiapa pun. Saya berani mengangkat sumpah agar perkara ini dapat dirahsiakan.

"Hanya ada satu syarat kalau Lady Gaga sudi ambil bahagian. Dia perlu bertelanjang bulat seperti orang lain," jelasnya.

"Lady GaGa adalah nama besar dan mempunyai pengikut yang ramai di kalangan golongan lesbian dan gay," katanya lagi.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan