Bulan Madu Di Bangkok Bersama Kekasih Sejenis

Diterbitkan: Sabtu, 20 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BARU-BARU ini, teman rapat Ad Lib pergi bercuti ke Bangkok bersama rakan-rakan sekerjanya. Memandangkan Ad Lib tidak pernah sampai ke negara itu, apabila dia pulang saja ke tanah air, mulalah Ad Lib bertanyakan itu dan ini kepadanya.

Sembang punya sembang, tiba-tiba teman Ad Lib 'terbuka' satu cerita menarik yang terus menangkap lubang telinga Ad Lib.

Kata teman Ad Lib, ketika dia sedang seronok bersiar-siar di sekitar bandaraya yang sememangnya sinonim dengan aktiviti pelacuran dan cinta songsang itu, tiba-tiba pandanganya tertumpu pada seorang aktor muda tanah air.

Kalau sebut namanya mungkin ramai yang tidak kenal, maklumlah ramai sangat pendatang baru. Tapi kalau tengok saja muka aktor ini, pasti semua orang tahu punya.

Kisahnya begini, teman Ad Lib yang sememangnya 'pantang' nampak lelaki kacak ini terkejut beruk dan tersipu-sipu sendiri apabila terlihat aktor tu. Apa lagi, mulalah teman Ad Lib ini tidak tentu arah dibuatnya.

Terkena panahan asmaralah konon. Dia mula memerhatikan atas dan bawah setiap pergerakan aktor. Ketika sedang leka membuat pengintipan, pandangan teman Ad Lib itu tiba-tiba dikejutkan dengan kemunculan seorang lelaki yang menghampiri aktor itu.

Sangkanya, lelaki itu hanya sekadar kawan, tak pun adik atau abang kepada aktor itu. Tapi setelah diamatinya dengan teliti kelibat kedua-dua kaum Adam itu, alangkah terkejutnya teman Ad Lib apabila menyaksikan kemesraan luar biasa antara merpati dua sejoli itu.

Bukan main lagi bergurau mesra dan berpimpinan tangan di kawasan terbuka. Wah, macam sedang berbulan madulah orang kata. Kalau tengok pada bahasa tubuh dan fizikal kedua-dua lelaki tu, tidak ketara pun ciri-ciri 'amalan songsang' pada diri mereka.

Tapi apabila dua lelaki berpimpin tangan, cubit-cubit manja dan saling bermesraan begitu, terlopong jugalah teman Ad Lib dibuatnya.

Bukannya tidak pernah melihat insiden macam itu, cuma yang buat teman Ad Lib itu 'kagum' dengan 'keberanian' aktor itu bermanja mesra di tempat umum. Apa agaknya yang aktor itu fikir bila beraksi galak macam itu?

Aktor itu ingat dia berbulan madu di Bangkok, tidak akan ada orang Malaysia yang nampak atau ambil pedulilah. Ternyata dia silap besar! Walaupun aktor itu cuma suam-suam kuku saja, tapi wajah 'jambunya' yang popular itu berjaya dikenalpasti oleh teman Ad Lib.

Memanglah itu urusan peribadi aktor itu tapi sebagai artis takkan dia tidak boleh kawal tingkah laku dan nafsu songsangnya bila berada di khalayak ramai. Jangan ingat bila kita buat hal di perantauan, tidak ada orang yang nampak tau...

Ad Lib: Sekali pun bila orang lain tak nampak, tapi Tuhan kan ada.

Gaya 'Ranggi' Bung Mokhtar

SATU Malaysia sudah tahu pasangan suami isteri, Bung Mokhtar dan Zizie Ezette kini sedang bahagia melayari bahtera rumah tangga. Walaupun kisah itu sudah sejuk, tapi orang ramai masih lagi menanti-nantikan gambar-gambar terbaru pasangan bahagia itu.

Tidak apalah jika mereka belum bersedia untuk berkongsi, itu hak mereka. Ad Lib tidak boleh hendak paksa.

Cuma jauh di lubuk hati ini, Ad Lib teringin juga hendak melihat gambar-gambar terbaru mereka.

Apa pun, yang Ad Lib hendak kongsikan di sini bukan tentang kebahagian mereka tetapi impak pada kebahagiaan yang dinikmati oleh pasangan ini.

Ceritanya begini, baru-baru ini seorang teman Ad Lib yang bekerja di sebuah kementerian di Putrajaya telah dipertanggungjawabkan untuk menyambut beberapa tetamu yang datang ke kementerian itu.

Dalam pada sibuk menyambut seorang demi seorang tetamu yang datang, tiba-tiba teman Ad Lib ternampak kemunculan Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar, yang juga salah seorang daripada senarai tetamu yang tiba.

Terkesima dibuatnya teman Ad Lib apabila melihat VIP kita itu tampil dengan gaya serba ranggi.

Katanya, suami Zizie itu mengenakan kaca mata yang berbingkai trendy. Tidak cukup dengan itu, Bung juga tampil dengan stail rambut terpacak atau spiky.

Kagum dan terpukau juga dibuatnya teman Ad Lib bila melihat gaya ranggi Bung. Bung kelihatan cukup berseri dan nampak lebih muda. Sudah tentulah Bung tampil lebih ranggi, maklumlah pengantin baru yang sedang bahagia.

Apa pun, Ad Lib tumpang gembira bila dengar cerita itu. Malah, tidak ada salahnya pun jika Bung tampil ranggi macam orang muda. Iyalah, Zizie pun masih muda dan orang seni pula. Apa salahnya, suaminya nak tampil segak bergaya sebegitu.

Ad Lib: Tumpang gembira dengan kebahagiaan Zizie dan Bung, tapi bila agaknya nak kongsi gambar-gambar terbaru mereka dengan khalayak umum?

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan