'Band Aid For Haiti' Kutip Dana Untuk Bantu Mangsa Haiti

Diterbitkan: Sabtu, 20 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sidang media konsert amal
Sidang media konsert amal "Band Aid For Haiti" di Laundry, The Curve, Mutiara Damansara. Foto THE STAR Oleh RICKY LAI HUA TECK

MESKIPUN tragedi yang melanda Haiti sudah sebulan berlalu, masih belum terlambat untuk kita menghulurkan bantuan dalam apa jua bentuk.

Pelbagai bantuan dan pertolongan tetap diteruskan sebagai bantuan kemanusiaan. Sikap kemanusiaan dan prihatin terhadap nasib mangsa gempa bumi Haiti, telah mendorong tercetusnya idea untuk mengadakan sebuah konsert amal, yang diberi nama "Band Aid For Haiti"

Konsert amal itu akan dianjurkan secara bersama antara 2crank.com dan Persatuan Karyawan Malaysia dengan sokongan UNICEF dan MERCY Malaysia.

"Band Aid For Haiti" bertujuan mengutip dana kemanusiaan bagi pembangunan mangsa gempa bumi Haiti dan bakal diadakan di Laundry, The Curve, Mutiara Damansara, pada 6 Mac ini.

Menurut Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez, kutipan dana itu akan disalurkan kepada dana kemanusiaan untuk pembangunan mangsa gempa bumi Haiti.

"Melalui konsert amal itu, kita akan kumpulkan dana dan salurkan kepada tabung pertubuhan bantuan perubatan sukarela (MERCY Malaysia).

"Dana tersebut adalah untuk bahagian pembangunan di sana. Kami memilih untuk disalurkan kepada bahagian pembangunan kerana bantuan ubatan dan makanan telah banyak disalurkan di sana," katanya selepas majlis sidang media "Band Aid For Haiti" di Laundry, The Curve, Mutiara Damansara semalam.

Antara artis yang turut hadir di sidang media tersebut adalah Dayang Nurfaizah dan An Honest Mistake.

Konsert amal itu juga bakal menampilkan barisan artis baru dan terkenal seperti Aizat, Maya Karin, Radhi O.A.G, Amylea AF, dan beberapa artis lain.

"Beberapa artis yang bernaung di bawah 2crank.com seperti Johny Comes Lately, Zul King, Cynosure, An Honest Mistake dan beberapa orang lain akan turut bersama menjayakan konsert pada hari tersebut," ujarnya.

Jelas Freddie lagi, idea untuk mengadakan konsert amal itu telah tercetus selepas dua minggu kejadian tersebut.

"Lagipun, negara jiran kita telah mengadakan konsert amal seperti itu. Saya rasa sudah sampai masanya kita pula mengadakan konsert yang sama.

"Ini adalah antara sumbangan pihak Karyawan untuk memperjuangkan muzik oleh artis-artis baru.

"Penglibatan artis untuk konsert tersebut adalah sebagai memenuhi tanggungjawab sosial mereka," kata Freddie.

Namun konsert amal yang bakal diadakan pada bulan hadapan masih lagi mencari penaja untuk menjayakan konsert tersebut.

"Kita masih lagi mencari penaja untuk konsert tesebut," katanya.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke atas nama, Persatuan Karyawan Malaysia, Akaun Maybank: 5122-3133-8338.

Untuk sebarang pertanyaan bagi penajaan ataupun sumbangan bagi program ini sila hubungi Izzy atau Pauline di talian 03-7726-0077, email HaitiRelief@2crank.com atau layari laman web www.2crank.com.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan