Konsert 'Kau Di Hatiku' Bela Nasib Artis Hilang Upaya

Diterbitkan: Jumaat, 19 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Adibah Noor.
Adibah Noor.

BARISAN penyanyi terkenal Adibah Noor, Zainal Abidin, Atilia, Amy Mastura & Aizat akan berpadu tenaga untuk persembahan istimewa khas untuk dua malam bagi menjayakan konsert 'Kau Di Hatiku'.

Satu sidang akhbar bagi menjayakan konsert tersebut akan diadakan pada 24 Februari, pukul 3 petang di ruang legar, Hotel Berjaya Times Square di tingkat 14

Konsert Amal dan Malam Gala ini bertujuan untuk membantu rakan-rakan artis dan golongan seni yang telah hilang upaya disebabkan oleh penyakit/kemalangan. Di samping itu, sebahagian daripada kutipan ini akan disalurkan ke Tabung Bersamamu TV3.

Antara penerima yang dikenalpasti ialah M Rajoli (pelakon), Zaiton Sameon (penyanyi) dan Karim Sulaiman (Wartawan).

Persembahan pertama untuk majlis kutipan derma ini ialah Konsert Amal yang akan diadakan pada Jumaat, 9 April 2010. Tiket akan dijual pada orang ramai dengan harga RM50.

Sementara itu, Malam Gala pula dirancang untuk berlangsung pada 10 April 2010 yang mana tempat duduk akan dijual dengan harga RM300 ataupun RM2000 untuk semeja (Nilai tempahan sehingga RM15,000 semeja juga disediakan).

Malam Gala ini turut akan diserikan dengan pertunjukan fesyen oleh Calvin Thoo.

Sehubungan dengan itu, para penghibur yang terlibat juga akan melelong barangan koleksi peribadi mereka untuk memeriahkan lagi kutipan derma ini.

Setiap artis akan menyampaikan persembahan masing-masing selama 30 minit sebelum diakhiri dengan persembahan 'finale'.

Konsert "Kau Di Hatiku" ini berharap dapat meringankan beban yang dihadapi oleh golongan seni yang berdepan dengan kesusahan untuk bekerja disebabkan oleh masalah kesihatan ataupun keadaan keluarga yang tidak mengizinkan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi publisis Konsert "Kau Di Hatiku", Samantha Schubert di talian 017-3021644.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan