Kembali Sebagai Ahmad Azizi Selepas 6 Tahun Menyepi

Diterbitkan: Jumaat, 19 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azizi kembali mewarnai bidang nyanyian dengan nama Ahmad Azizi. - Foto The Star oleh IBRAHIM MOHTAR
Azizi kembali mewarnai bidang nyanyian dengan nama Ahmad Azizi. - Foto The Star oleh IBRAHIM MOHTAR

PERJUANGAN untuk bergelar anak seni yang berjaya bukanlah satu perkara yang mudah. Biarpun puluhan bakat realiti muncul dan mengecap populariti dalam tempoh yang singkat, tidak ramai yang akan terus bertahan dengan arus glamor dan 'platform segera' yang mereka perolehi.

Buktinya, ramai pendatang baru yang tersungkur sebelum sempat untuk mengharungi onak duri dunia seni. Begitu juga dengan penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia 1, Azizi atau nama sebenar Ahmad Azizi Mohamed, 34.

Walaupun mula mencatur nasib dalam bidang seni sejak tahun 2003, Azizi masih lagi terus bergelut sehingga hari ini untuk selesa bergelar penyanyi.

Berkat kerja keras dan sikap tidak kenal erti putus asa, Azizi kembali ke persada nyanyian dengan semangat baru selepas enam tahun menyepi.

Bukan sahaja bakal muncul dengan album terbaru pada Mei atau Jun depan, teruna kelahiran Kuantan, Pahang ini juga akan mempertaruhkan nasibnya dengan penjenamaan baru.

Azizi yang mempertaruhkan nama Ahmad Azizi berkata, pemilihan nama itu dianggap bersesuaian dengan imej dan usianya yang semakin matang. Malah, ramai anak seni tidak kira tempatan atau antarabangsa turut menggunakan dua perkataan sebagai nama profil mereka.

Justeru, setelah berbincang dengan teman-teman da pengurusan, Azizi bersetuju dengan nama Ahmad Azizi yang menandakan kemunculan semulanya dalam bidang nyanyian.

"Saya memilih utuk menampilkan diri sebagai Ahmad Azizi untuk kemunculan semula ini. Nama itu sebahagian daripada nama saya dan ia lebih menarik dan bersesuaian dengan imej dan kematangan usia.

"Bukan nak kata nama Azizi tidak bagus, cuma sebagai comeback, tidak salah rasanya saya tampilkan sedikit kelainan dan sesuatu yang lebih segar buat peminat dan masyarakat.

"Lagipun ramai artis tidak kira tempatan atau antarabangsa yang menggunakan dua perkataan sebagai nama profil mereka," kata Azizi.

Ujarnya lagi, kemunculan semula ini juga bertujuan untuk memaklumkan kepada khalayak khasnya para peminat bahawa dirinya masih aktif dalam bidang nyanyian.

"Saya kembali demi bidang nyanyian yang saya cintai. Selain itu, saya juga ingin masyarakat tahu bahawa saya masih aktif menyanyi.

"Selama enam tahun menyepi, ramai orang bertanya bila saya akan kembali dengan album baru. Saya rasa tahun 2010 adalah masa terbaik untuk buat comeback," katanya.

Bercerita lanjut, Azizi berkata, sebagai permulaan dia telah pun menghasilkan album single yang menelan belanja sebanyak RM18,000.

Album single yang mengandungi tiga lagu itu diedarkan kepada semua stesen radio bagi memperkenalkan lagu-lagu barunya kepada pendengar sebelum album penuh menyusul.

"Sebagai permulaan, saya dan pengurusan terbitkan dulu tiga lagu dan diedarkan ke semua stesen radio.

"Antara ketiga-tiga lagu itu, Seribu Hati, Terisolasi dan Cela, saya dan pengurusan tidak tetapkan mana-mana lagu sebagai single utama.

"Terpulanglah pada stesen radio untuk mainkan mana-mana lagu yang dirasakan paling menarik.

"Apa yang pasti, ketiga-tiga lagu itu berbeza antara satu sama lain. Muzik dan vokal juga lebih segar dan berlainan daripada sebelum ini," jelas Azizi yang turut melaburkan wangnya sendiri untuk projek itu.

Menjawab pertanyaan mengenai dirinya yang sepi daripada publisiti dan penampilan di majlis hiburan, Azizi berkata, dia tetap aktif menyanyi di merata majlis korporat dan makan malam di serata negara walaupun tanpa publisiti.

Sebagai penyanyi, dia amat memahami dan menghormati tugas media. Dia tidak boleh memaksa atau mengharapkan pihak media untuk menulis cerita mengenainya jika tiada perkembangan seni yang menarik tentangnya.

"Saya faham dan hormati pihak media sekali pun mereka tidak membuat liputan atau menulis cerita mengenai saya.

"Memandangkan saya tiada album baru dan nama pun tidak sekuat mana, saya tidak boleh paksa media untuk tulis cerita mengenai saya.

"Tapi saya masih aktif dalam bidang nyanyian dan banyak terlibat dengan persembahan makan malam dan majlis korporat. Alhamdulillah, sehingga hari ini undangan persembahan pentas masih ada dan tidak pernah putus," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan