Jane Fonda 'Betulkan' Dagu Dan Leher Untuk Kelihatan Muda

Diterbitkan: Jumaat, 19 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BINTANG Hollywood, aktres Jane Fonda membuat pendedahan baru-baru ini yang dia telah melakukan pembedahan dua minggu lalu untuk kelihatan muda.

Fonda, yang juga menjadi wajah L'Oreal untuk krim muka, berjaya mempertahankan kejelitaannya meskipun usianya sudah 72 tahun.

Aktres yang gila ke gym ini berasa begitu gembira apabila filem produser Robert Evans memujinya di sebuah majlis Valentine baru-baru ini.

"Terima kasih. Saya cuma membetulkan dagu, leher saya dan juga membuang lemak-lemak di bawah mata.

"Saya juga memotong rambut saya kerana saya mahu kelihatan lebih muda," jelas Fonda kepada Daily Express.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan