Hans Tidak Menolak Jika Jodohnya Wanita Filipina

Diterbitkan: Jumaat, 19 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hans kagum dengan kejelitaan wanita Filipino
Hans kagum dengan kejelitaan wanita Filipino

AKTOR kacak ini pernah mencetuskan kontroversi dalam kemelut cinta tiga segi suatu masa dahulu.

Pelakon kacak Hans Isaac kini yakin tahun ini merupakan tahun bertuah baginya untuk kembali menyulam cinta selepas beberapa tahun bersendiri.

Jejaka berusia 38 tahun ini memberitahu bahawa sudah sampai masanya untuk hidup berpasangan dan membuka pintu hatinya untuk bercinta semula.

“Saya sudah beritahu rakan-rakan seperti Afdlin bahawa tahun ini saya akan buka pintu hati saya. Tapi saya buka sahaja bukan bermakna saya mencari cinta.

“Saya sudah bersedia untuk bercinta tapi biarlah cinta itu datang dengan sendiri bukan sebab dipaksa.

“Kalau boleh saya nak cari seorang perempuan yang boleh dijadikan isteri bukan sekadar kekasih,” ujar Hans.

Ditanya tentang kriteria wanita yang bakal singgah di hatinya andaikata ditakdirkan dia seorang wanita Filipina, Hans hanya tersenyum dan memberi sebuah jawapan yang sukar untuk diteka.

Kebetulan pula, sejak kebelakangan ini Hans dikatakan sering berulang alik ke Manila kerana diberi peluang berlakon dalam filem produksi Filipina melalui filem 'Miss You Like Crazy'.

“Saya tidak memilih tapi jika ditakdirkan bersama wanita dari Filipina kenapa tidak. Saya lihat mereka ada ciri-ciri wanita timur yang mengamalkan sifat-sifat kewanitaan," jelas Hans tanpa berselindung.

Kata Hans lagi, wanita Filipina begitu menjaga tata susila dan pandai menjaga kecantikan semulajadi.

Menurut Hans, dia juga serik dengan persepsi masyarakat yang masih memandang negatif kepadanya daripada kontroversi yang sudah lama berlalu.

“Saya tidak faham kenapa masyarakat masih lagi melabel saya sebagai seorang lelaki yang teruk. Mereka yang tidak kenal saya tapi masih bercerita tentang saya.

"Ini perkara serius...disebabkan itu saya rasa takut untuk berkawan dengan perempuan mahupun lelaki,” jelas Hans yang bakal mengarahkan filem keduanya tidak lama lagi.

Hans juga tidak sabar menanti filem 'Miss You Like Crazy' ditayangkan di 15 buah negara di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Kanada dan India pada 24 Februari ini.

Dalam pada itu Hans juga memberitahu bahawa dia sedang dalam proses menurunkan berat badannya sebanyak 5 kilogram untuk berlakon dalam filem di Filipina.

“Mereka nasihatkan saya jika ingin berlakon di sana saya perlu kelihatan begini, berat begini dan banyak aspek yang perlu dijaga.

“Mereka sangat menitik beratkan kesihatan dan rupa paras untuk memuaskan hati penonton,” ujar Hans yang tidak menolak jika ditawarkan untuk berlakon di sana.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan