'Cuci The Musical' Ungguli Pencalonan Anugerah Seni Boh Cameronian Ke 8

Diterbitkan: Jumaat, 19 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CUCI The Musical, teater yang memaparkan kisah 4 adik-beradik awal-awal lagi sudah menunjukkan potensinya untuk mengungguli 'Boh Cameronian Arts Awards' yang ke 8 tahun ini.

Ini kerana dari kesemua kategori yang dipertandingkan, teater ini sudah mendapat 14 pencalonan.

Malam anugerah gilang gemilang, yang dianjurkan oleh Kaki Seni.com ini, bakal diadakan pada 18 April ini.

Antara anugerah tersebut adalah: Kumpulan/Ensemble Terbaik, Pengarah Terbaik, Best Original Book And/Or Lyrics, Pelakon Lelaki Terbaik (Awie & AC Mizal), Pelakon Pembantu Terbaik (Adibah Nor & Ramlee Ibrahim), Pereka Set Terbaik, Koreografer Terbaik, Pengarah Muzik Terbaik, Muzik Asal Terbaik, Penata Cahaya Terbaik dan Kostum Terbaik.

Pelakon dan juga pengarah 'Cuci The Musical' begitu teruja ketika diberitahu tentang pencalonan teaternya.

Hans yang masih berpegang pada prinsip penonton berhak mendapat yang terbaik, berkata, dia tidak berani mengharap "tapi kalau ada rezeki, itu adalah satu bonus bagi produksinya."

Malah, tidak sia-sia Hans mengambil risiko besar melabur lebih kurang RM 3 juta wangnya sendiri bagi merealisasikan harapannya untuk teater yang mendapat respons yang cukup baik daripada penonton ini.

Pemilik syarikat produksi Tall Order Productions Sdn Bhd (TOPSB) ini percaya penonton kini boleh menilai sendiri kualiti sesuatu produksi.

Teater 'Cuci the Musical' yang dipentaskan pada 23 Oktober tahun lepas di Istana Budaya, menampilkan pelakon-pelakon seperti Awie, A.C Mizal, Hans Isaac, Adibah Noor, Vanidah Imran, Harith Iskandar dan Ramlee Ibrahim.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan