Pierce Brosnan Bangga Dicop Pencinta Alam Ekstremis

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKTOR kacak Pierce Brosnan, 56, bangga menjadi jurucakap pencinta alam.

Brosnan yang muncul sebagai 'Chiron', makhluk setengah kuda dalam filem The Percy Jackson And The Lightning Thief ini cukup prihatin akan masa depan bumi.

Oleh sebab itu, Brosnan tidak segan bercakap lantang alam dan bagaimana cara untuk menjaga kehijauan alam.

"Saya berada di lingkaran politik dari waktu ke waktu dan saya sanggup berkorban demi kelestarian hutan dan lautan.

"Saya dicap sebagai pencinta alam ekstrimis tapi saya bangga akan cap itu," kata Brosnan.

Aktor Ireland ini bakal muncul sebagai Perdana Menteri Adam Lang dalam filem The Ghost Writer arahan Roman Polanski, tidak lama lagi.

Namun, Brosnan juga tetap menyimpan angan-angan jika dia benar-benar terpilih menjadi Perdana Menteri satu hari nanti.

"Dalam filem saya hanya berlakon tapi andai kata saya benar-benar terpilih, saya akan memberi tumpuan pada soal pendidikan dan memberi imbuhan kepada guru.

"Segala hal di dunia ini bermula daripada soal pendidikan anak-anak," kata Brosnan.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan