Iron Maiden Sibuk Rakam Album Ke-15 - Berita Hiburan | mStar

Iron Maiden Sibuk Rakam Album Ke-15

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUMPULAN lagenda Iron Maiden akan muncul dengan album terbaru tidak lama lagi setelah empat tahun tidak mengeluarkan album. Album terakhir mereka, A Matter of Life and Death dilancarkan pada tahun 2006.

Ini dinyatakan oleh produser mereka, Kevin Shirley di laman rasmi mereka, baru-baru ini.

"Masih banyak lagi kerja yang belum selesai," kata sumber kumpulan itu.

Pada bulan November lalu, salah seorang jurucakap kumpulan itu, Janich Gers mengatakan mereka akan menyewa sebuah studio di Perancis untuk merakam lagu-lagu baru mereka. Khabarnya, album itu akan diselenggarakan di Bahamas.

Iron Maiden tidak sabar untuk menyelesaikan album itu, setelah sibuk mengelilingi dunia selama 14 bulan untuk konsert sambil membuat filem dokumentari yang berjudul Flight 666.

Namun, proses mixing dan kerja-kerja pasca produksi album itu masih belum selesai. Jika semuanya selesai, ini merupakan album ke-15 Iron Maiden.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan