DiCaprio Mimpi Dibunuh Selepas Berhenti Hisap Rokok - Berita Hiburan | mStar

DiCaprio Mimpi Dibunuh Selepas Berhenti Hisap Rokok

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKTOR Leonardo DiCaprio sudah lama ketagih hisap rokok. Baru-baru ini, dia berusaha untuk berhenti menghisap rokok dengan mengunyah peppermint. Namun apa yang terjadi, Leonardo mendapat mimpi buruk.

"Sewaktu saya berhenti merokok dan beralih ke mengunyah peppermint, saya mendapat mimpi buruk. Saya bermimpi dibunuh dan dipukul dalam mimpi itu," ujarnya.

Selain mimpi buruk, pemain filem Body of Lies itu juga merasa kesal. Hal-hal seperti ini membuatnya naik pitam.

Beruntung bagi DiCaprio kalau emosinya tidak pernah berujung kepada tindak kekerasan.

Menurut bekas kekasih model Bar Rafaelli itu, dia tidak tahu mengapa selepas berhenti merokok, emosinya mudah bercelaru. Padahal baru beberapa hari dia berhenti merokok.

DiCaprio menjelaskan, dia memang senang merokok untuk menghilangkan ketegangan dan kelelahan, terutama ketika penggambaran filem.

Minuman keras turut menjadi teman DiCaprio sewaktu dia menghisap rokok.

"Saya minum juga untuk lebih santai dan fokus. Apalagi kalau bersama teman-teman," jelasnya lagi.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan