Kate Moss Suka Kerja Belakang Tabir

Diterbitkan: Rabu, 17 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUPERMODEL British, Kate Moss akan memulakan kariernya di belakang tabir apabila mula mengarah sesi fotografi yang turut menampilkan kawannya Lily Allen.

Sesi penggambaran yang diarahkan oleh model itu adalah untuk sebuah majalah Love yang mempamerkan Allen dalam gaya arnab lengkap dengan 'sepasang telinga'.

Moss selaku pereka pakaian untuk kedai Topshop berkata, kerjaya barunya itu akan mengembangkan lagi karier dan gayanya itu kepada kerja di belakang tabir.

Menurut sumber, "Kate mempunyai caranya yang tersendiri yang lebih terperinci dalam membawa hala tuju mengenai fesyen.

"Dia kelihatan seperti ingin menghilangkan dunia peragaannya dengan cuba mengambil bahagian di belakang tabir," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan