Utara Destinasi Seterusnya 'Suria FM Rancak Tour'

Diterbitkan: Selasa, 16 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SETELAH berkampung di Melaka dan Johor, stesen radio Muzik Terbaik Tanpa Henti meneruskan lagi program Suria FM Rancak Tour dengan hadiah istimewa untuk para peminat di utara tanah air.

Istimewanya Suria FM Rancak Tour kali ini ialah buat pertama kalinya lagu tema drama Balqis akan dinyanyikan secara live.

Eira Syazira yang merupakan penyanyi asal lagu tersebut adalah salah seorang artis yang akan turut serta dalam tour Suria FM kali ini.

Suria FM Rancak Tour akan menemui peminat di Jitra Mall Kedah pada 20 Februari, manakala peminat-peminat Perak pula berpeluang menyaksikan program ini di Taiping Sentral pada 21 Februari. Kelainan pada kali ini ialah Suria FM tidak lagi mengikut apa-apa tema seperti yang sebelumnya kerana semua penyampai akan memakai baju rasmi Suria FM yang direka khas untuk tour pada kali ini.

Lima orang artis terlibat dalam Suria FM Rancak Tour di utara iaitu Mawi, Mila, Vince, Eira Syazira, dan penyanyi rock terkenal tanahair, Bandi dari Kumpulan Amuk.

Kesemua artis ini akan menyanyikan dua buah lagu masing-masing dan pastinya diserikan lagi dengan pelbagai aktiviti dan permainan menarik sepanjang acara itu berlangsung nanti.

Tidak ketinggalan juga, pengunjung yang hadir berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik dan ekslusif dari Suria FM.

Temui dan beramah mesra bersama penyampai Suria FM kesukaan anda iaitu Zizi, Halim Othman, Myra, Naim, Bob, Linda Onn, Tuah Zoqarnain, Zaff dan DJ Lin. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.suriafm.com.my.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan