Tunang Hadiahkan Dian Rumah Berharga 6 Juta Rupiah?

Diterbitkan: Selasa, 16 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DALAM majlis pertunangan aktres Indonesia, Dian Sastrowardoyo dan Indraguna Sutowo kelmarin, wanita jelita itu hanya ketawa berhubung gosip dia menerima hadiah rumah berharga 6 juta Rupiah daripada tunangnya.

Dian yang mengenakan kebaya merah itu tidak menafikan mahupun mengiyakan gosip tersebut sebaliknya hanya ketawa kecil yang keluar dari mulutnya.

Namun, berbeza pula dengan komen daripada bakal suaminya, Indraguna. Lelaki yang lebih mesra disapa dengan nama Indra itu terus menafikan gosip itu.

“Perkara itu tidak benar kerana ia hanya khabar angin,” jelas Indra selepas melamar Dian di rumah bapa saudara Dian di JI. Bangka, Kemang, Jakarta Selatan kepada detikhot.com kelmarin.

Indra mengelak jika dikatakan sudah membeli rumah untuk Dian yang berharga 6 juta Rupiah.

Menurut sebuah tabloid, anak saudara Ponco Sutowo itu membeli rumah di kawasan Kemang Dalam, Jakarta Selatan. Desas-desus mengatakan Dian dan Indra telah menguruskan surat-surat rumah itu.

Pasangan ini bakal berkahwin pada Mei depan mengikut adat Yogyakarta.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan