Saya Nak Kahwin Tapi Fobia Cerai- Hattan - Berita Hiburan | mStar

Saya Nak Kahwin Tapi Fobia Cerai- Hattan

Diterbitkan: Isnin, 15 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI lagu 'Rendang Tak Berbuah' Hattan atau nama sebenar Mohd Shukri Shaharuddin, 45, sudah enam tahun menjalani hidup sebagai bapa tunggal bersama anaknya Adam.

Beliau mengakui kekosongan dihatinya kini belum lagi diisi walaupun dia pernah dikaitkan dengan dua wanita yang rapat dengannya.

"Saya akui memang setiap hari saya rasa nak kahwin, bila tiba hari raya atau waktu balik kampung saya terasa sunyi tapi siapa lah yang mahukan saya.

"Lagipun saya fobia dengan cerai, bila kamu pernah bercerai kamu tahu macam mana rasanya hubungan yang tidak jadi itu. Dulu memang sukar juga lalui kehidupan tanpa pasangan tapi kini dah selesa.

"Saya tahu Adam perlu belaian ibu, tapi sekarang dia tidak paksa saya kahwin," ujarnya yang mengakui jarang keluar berhibur.

Ketika ditanya tentang hubungan bersama seorang janda di Bangi dan teman yang sering dibawa ke majlis bernama Casandra, Hattan memberitahu bahawa mereka sekadar teman biasa.

"Saya berkawan sahaja dengan mereka, tiada apa-apa hubungan istimewa antara kami, manakala Casandra adalah teman rapat saya dan kami akan berkerjasama memulakan perniagaan," ujar Hattan ketika ditemui selepas majlis pelancaran produk Addam Skincare keluaran syarikatnya.

Album terbarunya berjudul Inderawala merupakan album terakhir berbentuk kormesial. Album yang memuatkan lima lagu tersebut tidak dijual di kedai muzik tetapi didatangkan bersama dengan set produk Addam Skincare.

"Harga produk tersebut sekitar RM100 lebih saja dan saya hanya keluarkan 5,000 unit shaja sebagai percubaan. Lagu hasil ciptaan Adrie inimengambil masa tujuh bulan bagi menjamin kualitinya.

"Apa yang menarik ialah kesemua lagu tersebut berkaitan dengan perjalanan cerita saya dan ia lebih mudah untuk menjiwainya," ujarnya yang turut bakal menerbitkan album solo Adam yang berjudul Papa Aku Rock dan dijangka berada di pasaran April ini.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan