Rio Febrian Nikahi Sabria Kono

Diterbitkan: Isnin, 15 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Indonesia, Rio Febrian telah mengakhiri zaman bujangnya dengan Sabria Kono. Walaupun berbeza agama, pernikahan mereka yang berlangsung di Bangkok itu mendapat restu daripada kedua orang tua mereka.

"Yang pasti orang tua kami sama-sama merestui," ujar Rio selepas resepsi pernikahannya di Gedung Graha Niaga, Jakarta Selatan semalam.

Tambah Sabria: “Sebelum berangkat ke Bangkok, keluarga Rio juga ada doa bersama.”

Proses pernikahan telah dilalui keduanya dengan lancar. Rio dan Sabria tinggal menyusun kehidupan rumah tangga yang sejahtera. Mas kahwin pernikahan Rio dan Sabria hanya dengan sebuah cincin. Selepas mereka sah bernikah, kedua-duanya terus menyambung bulan madu di Bangkok.

Alumni Asia Bagus itu berkata dia mahu segera menimang anak. Sabria yang memeluk agama Islam itu juga berharap cepat dikurniakan cahaya mata.

"Saya dan Sabria tidak mahu tunggu lama-lama. Mudah-mudahan cepat diberikan rezeki anak," jelas Rio.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan