Preity Zinta Menjadi Penghias Depan Majalah People

Diterbitkan: Isnin, 15 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKTRES terkenal Bollywood Preity Zinta akan menghiasi muka depan majalah People dengan kepalanya dihiasi bunga-bungan bagi keluaran bulan hadapan majalah tersebut.

Preity yang mengesahkan berita itu memberitahu, "Kelmarin, saya telah mengikuti penggambaran untuk majalah tersebut. Saya betul-betul gembira. Saya begitu teruja kerana akan mempamerkan wajah saya dimuka hadapan majalah tersebut. Preity turut berharap dia akan dipilih untuk keluaran pada masa hadapan.

Terbaru, Salman Khan dan Katrina Kaif pernah digandingkan bersama untuk menjadi penghias muka depan majalah tersebut tetapi secara berasingan. Menariknya, Katrina mengaku jatuh cinta dengan Salman dalam satu isu.

Aktor dari Telugu, Ram Charan Teja juga turut menjadi penghias muka depan majalah itu dan sebagai artis pertama daripada filem Telugu.

Manakala Sonam Kapoor pula yang telah menjadi penghias untuk bulan Oktober tahun lepas turut mendapat anugerah pakaian artis terbaik di Bollywood.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan