Jimmy Bakal Kelola 'Walimatulurus'

Diterbitkan: Isnin, 15 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jimmy bersedia mengacarakan rancangan terbarunya, AF8 dan Walimatulurus.
Jimmy bersedia mengacarakan rancangan terbarunya, AF8 dan Walimatulurus.

INSAN yang bergelar Jimmy atau Azmy@Jimmy Shanley Norjahan Saleh yang mula dikenali sebagai pengacara trek selebriti semakin melonjak naik apabila mendapat tawaran menjadi pengacara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8).

Mempunyai caranya yang tersendiri dengan trademarknya 'Yeszaaa' semasa mengendalikan rancangan kegemaran ramai, 'trek selebriti' telah menjadikan empunya diri tidak asing lagi dalam dunia pengacaraan tanah air.

Menurut jejaka kelahiran Ipoh, Perak ini, selepas selesainya program kesukaan ramai itu, dia akan meneruskan dengan rancangan terbarunya 'Walimatulurus'.

"Rancangan trek selebriti telah tamat, buat masa sekarang, saya fokus kepada AF8 dulu. Habis sahaja rancangan itu, saya akan menjadi pengacara untuk rancangan terbaru," katanya yang teruja untuk mengacarakan AF8.

Menurut Jimmy, rancangan Walimatulurus juga adalah sebuah rancangan realiti televisyen yang bakal mencari pasangan yang ingin berkahwin. Manakala sasaran pasangan yang terpilih adalah dari kalangan yang kurang berkemampuan.

"Kita mungkin akan menjelajah ke setiap negeri mencari pasangan, seramai 20 pasangan akan dipilih untuk menyertai rancangan tersebut," kata Jimmy, 30.

Walaupun sudah berpengalaman menjadi pengacara di saluran ASTRO ini, Jimmy turut mengakui terasa debaran untuk mengacarakan rancangan terbarunya AF8 dan Walimatulurus itu.

"Saya telah membuat persiapan terlebih dahulu, supaya nanti saya tidak terlalu gugup untuk mengacarakan rancangan tersebut," ujarnya sambil ketawa.

Ditanya empunya diri yang masih solo tetapi ingin mengacarakan rancangan untuk mengahwinkan pasangan yang terpilih, Jimmy yang senyum-senyum penuh makna itu memberitahu dia masih mencari dan jika sampai jodohnya, dia tidak sesekali akan menyembunyikan perkara itu.

"Saya tidak mempunyai masalah, yang penting saya mesti menjalankan tanggungjawab itu dengan baik.

"Memang sudah tiba masanya untuk saya mencari bakal isteri, tapi buat masa ini saya tidak terlalu memikirkannya lagi, saya serahkan semuanya pada takdir," ujar anak bongsu daripada lapan beradik ini.

Mengakui rancangan Walimatulurus adalah sebuah rancangan yang lebih berat untuk digalasnya, Jimmy berkata, dia kini banyak belajar untuk menjadi seorang pengacara yang serba boleh supaya bakatnya dalam bidang ini dapat dipertingkatkan.

"Saya ingin cuba pelbagai rancangan, lagipun semua itu adalah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan keupayaan diri saya dalam bidang ini," katanya yang berbintang cancer.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan