Mohammad Penawar Duka Farrah Adeeba

Diterbitkan: Ahad, 14 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sentuhan kasih sayang Farrah dan suaminya kepada Mohammad Razique Abdullah ketika majlis cukur jambul bayi itu. - Foto ehsan FARRAH
Sentuhan kasih sayang Farrah dan suaminya kepada Mohammad Razique Abdullah ketika majlis cukur jambul bayi itu. - Foto ehsan FARRAH

SEPI tanpa cahaya mata memberi kesan kepada pengacara Farrah Adeeba Mohamed Ashraf, 32, sehingga menerbitkan air mata di pipi.

Setelah tujuh tahun berkahwin, akhirnya doa Farrah dikabulkan Tuhan. Pada 31 Ogos lalu, dia telah dikurniakan seorang anak angkat iaitu Mohammad Razique Abdullah.

“Alhamdulillah, pada 31 Ogos bersamaan 10 Ramadan lalu, Tuhan telah membuka pintu rahmat dan mendengar doa saya.

“Walaupun dia anak angkat tetapi saya telah menganggapnya seperti anak sendiri. Saya amat tersentuh apabila melihat bayi kecil ini. Dia telah menawan hati saya…,” luah pengacara rancangan Wanita Hari Ini (WHI), Akademi Al-Quran (AQ) dan Cari Menantu itu dalam nada teruja.

Sekalipun tidak pernah merasai detik hamil mahupun melahirkan anak, perasaan Farrah waktu itu bahagia dan terharu bagaikan melalui pengalaman tersebut.

Lewat petang sebelum berbuka puasa, Farrah yang secara automatik bergelar ibu itu terus ke pusat membeli-belah One Utama untuk membeli barangan keperluan Mohammad.

“Pada pukul 5.30 petang, saya pergi ke One Utama untuk membeli katil, pakaian, susu, botol susu dan lampin bayi. Bila dia menangis pada malam itu, saya dan suami cuba menyelesaikan masalah itu bersama.

“Sekarang saya dah belajar sedikit demi sedikit tentang cara menjaga bayi melalui pembacaan di internet dan buku,” ceritanya mengenai bayi yang baru mencecah usia lima bulan itu.

Disebalik rezeki yang dikurniakan itu, Farrah berkata dia lebih mensyukuri nikmat dan akur dengan kesabarannya selama ini.

“Sebelum ini, saya lebih sibuk dengan kerja dan kalau mempunyai anak waktu itu mungkin saya akan jatuh pengsan. Sebab itu dalam ayat al-Quran ada menyebut Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita.

“Apabila saya mendapat Muhammad sekarang, saya sudah tidak rasa sedih langsung. Saya juga berasa seronok dan terlalu puas hati walaupun tidak mengandung.

“Kadangkala saya tak percaya juga dengan apa yang saya dapat sekarang tetapi Allah sudah aturkan dengan elok,” tutur isteri kepada Muhammad Rafique Rashid Ali, 33, itu.

Selepas mempunyai anak, pemenang tempat kelima Pengacara Jemputan Nona 2002 itu lebih memikirkan tentang kehidupan bekeluarga berbanding karier.

Namun tidak bermakna dia sudah berhenti daripada melakukan kerja pengacaraan kerana masih terikat dengan program Nasi Lemak Kopi ‘O’.

“Sekarang saya akan melakukan kerja 2 in 1 dan yang berdekatan dengan rumah sahaja. sebab saya belum mempunyai pembantu rumah.

“Saya yakin rezeki ada di mana-mana...lagipun sebelum mendapat Muhammad, saya memang sudah merancang untuk kurangkan kerja luar.

“Tetapi apabila saya mendapat kerja part time, saya akan memanggil jururawat dari hospital untuk menjaga Muhammad di rumah,” beritahunya yang akan terlibat dalam satu seminar ‘Selebriti Sebagai Ikon Masyarakat’ di KB Mall, Kota Bharu pada hari ini, pukul 2 petang.

Panelis lain yang akan turut serta dalam seminar itu adalah novelis Ayat-Ayat Cinta, Habiburrahman El-Shirazy dan pengacara Wardina Safiyyah.

Farrah pernah menyertai program realiti Pengacara Jemputan Nona (PJN) yang disiarkan oleh stesen televisyen TV3 pada 2002.

Dia adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan seterusnya membuat 'chambering' di firma guaman Cheong Wai Meng & Van Buerie, Pulau Pinang.

Selepas itu, Farrah mengajar pelajar yang mengambil jurusan Undang-undang di Pusat Matrikulasi UIA, Seksyen 16 Petaling Jaya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan