Najwa Tidak Mahu Dikaitkan Dengan Bapanya

Diterbitkan: Sabtu, 13 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Minatnya yang mendalam dengan muzik membuatkan Najwa sanggup bermula dari bawah. Foto Utusan
Minatnya yang mendalam dengan muzik membuatkan Najwa sanggup bermula dari bawah. Foto Utusan

Bila disebut namanya, pasti ramai yang tidak begitu mengenali siapa sebenarnya Najwa, insan yang bersuara serak basah dalam industri muzik tanah air.

Penampilannya yang penuh sopan santun membuatkan ramai yang terpegun dengannya.

Walaupun menyedari dia anak kepada pemimpin nombor dua negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin namun Najwa tetap dengan sifatnya yang selalu merendah diri terutama ketika pertama kali bersemuka dengannya.

Mula berjinak lebih kurang empat tahun lalu dalam bidang ini, Najwa dalam nada bersederhana memberitahu dia tidak begitu dikenali mungkin kerana tidak seperti artis lain yang selalu membuat persembahan di luar.

"Saya terlalu sibuk dengan pengajian saya, sekarang ini baru boleh bergiat aktif dan menunjukan bakat yang ada," ujarnya selepas sidang media Konsert Malam Nada Biru Bersama Najwa dan Yuna, di Bsync Production, Kuala Lumpur.

Najwa yang hadir bersendirian pada majlis tersebut memberitahu dia lebih senang dikenali sebagai artis biasa yang bermula daripada bawah dan tidak mahu menggunakan nama bapanya semata-mata untuk meraih publisiti dalam kariernya.

"Saya senang dengan cara sekarang, lagipun apa yang saya buat ini adalah berdasarkan minat saya sendiri. Rasanya tidak perlu untuk saya mengaitkan dengan sesiapa, cukup sekadar orang kenal saya sebagai Najwa," katanya sambil tersenyum.

Ditanya mengenai minatnya yang mendalam dalam bidang tersebut, dia sejujurnya memberitahu tidak mengikut bakat daripada sesiapa, tetapi mungkin lahir daripada dirinya sendiri kerana sejak kecil sudah terasuh dengan bidang itu kerana telah dihantar ke kelas piano dan muzik.

"Saya sendiri yang memang berminat dengan bidang muzik, mungkin sudah terdidik sejak daripada kecil lagi.

"Keluarga saya tidak pernah menghalang saya menceburi bidang ini, mereka tetap menyokong dan memberi semangat kepada saya supaya melakukan yang terbaik," kata Najwa, 24.

Najwa yang meminati irama muzik jazz dan neo soul memberitahu tawaran yang diterimanya daripada Mujik Production yang mahukan dia bergandingan di konsert Malam Nada Biru Bersama Yuna itu diterimanya dengan sepenuh hati.

"Saya dapat panggilan daripada Atilia dan dia menawarkan saya untuk membuat persembahan di di konsert tersebut.

"Saya pernah menonton konsert tersebut pada tahun lepas yang menggandingkan Atilia dan Noryn Aziz. Daripada situ saya sudah menyimpan hasrat untuk berada di tempat mereka untuk membuat persembahan," katanya yang akan menyanyikan sembilan buah lagu ciptaannya sendiri semasa konsert tersebut.

Walaupun dilahirkan daripada keluarga politik, namun cintanya terhadap bidang muzik membuatkan Najwa nekad beralih arah daripada jurusan jurutera kepada bidang muzik.

"Dulu saya memang belajar bidang lain, tapi disebabkan minat yang mendalam, saya membuat keputusan untuk tukar bidang pengajian," katanya yang sedang mengikuti kursus di peringkat ijazah dalam bidang muzik di Kolej Antarabangsa Muzik (ICOM).

"Keluarga tidak pernah memaksa saya untuk mengikut jejak bapa yang jauh berbeza dengan bidang yang saya ceburi sekarang," katanya.

Selain menunjukan bakat yang dimilikinya, Najwa mengakui menyanyi, mencipta lirik serta mengubah lagu, adalah antara caranya mengekspresi diri.

Sementara itu, Najwa yang bakal melanjutkan baki pengajiannya dalam bidang muzik akan ke Boston selama dua tahun bagi mendapatkan ijazah dalam bidang tersebut.

Saksikan Malam Nada Biru Bersama Najwa dan Yuna pada 27 hingga 28 Februari di The Actors Studio, The Rooftop Lot 10, dengan tiket berharga RM85 dan RM100. Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 03-77115000, atau layari laman web http://axcess.com.my.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan