Jom, cuba nasib dengan Wall’s Cornetto!

Diterbitkan: Sabtu, 13 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Akim dilantik sebagai duta baru Cornetto.
Akim dilantik sebagai duta baru Cornetto.

AISKRIM kon kegemaran rakyat Malaysia, Wall’s Cornetto, menyeru orang ramai untuk merebut peluang mencapai detik manis dengan meluahkan perasaan mereka.

Dengan pelancaran kempen terbaru Wall’s Cornetto bertema Take a Chance. Show Your Love, Wall’s menggalakkan golongan anak muda Malaysia untuk menonjolkan personaliti dan perasaan mereka dalam cara yang menguja dan menyeronokkan.

Menurut Pengarah Makanan Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Joseph Tan, “Sebagai jenama yang sinonim dengan cinta dan persahabatan, kami sentiasa mendahului dalam usaha menghubungkan insan, mencipta peluang baru dan merapatkan perhubungan. Sejak beberapa tahun yang lalu, kami telah memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menunjukkan perasaan dan kasih mereka. Pada tahun ini, kami ingin melakukan lebih iaitu dengan menggalakkan mereka mengambil peluang dan memulakan langkah pertama untuk meluahkan perasaan sebenar mereka.

“Kami faham bahawa rakyat Malaysia, terutama sekali golongan muda zaman sekarang, berminat untuk mencari dan menjalin hubungan persahabatan baru tetapi khuatir untuk bertindak. Melalui kempen Take a Chance. Show Your Love kami akan menggunakan bahasa universal, iaitu muzik, dan nikmat kelazatan aiskrim sebagai wadah untuk menggalakkan mereka.”

Kempen Take a Chance. Show Your Love akan menyaksikan Wall’s bekerjasama dengan penyanyi Malaysia dan peminat setia Wall’s, Akim. Pemenang tempat ketiga rancangan realiti televisyen tempatan, Akademi Fantasia , mencuri perhatian Wall’s apabila dia mengumumkan azam tahun barunya untuk mencuba nasib dalam percintaan. Wall’s akan menggunakan lagu Inilah Cinta, yang ditulis dan digubah oleh Akim, sebagai lagu tema kempen ini. Lagu tersebut diilhamkan berdasarkan tanggapan bahawa muzik adalah ekspresi cinta dan persahabatan dan galakan untuk mengejar sesuatu yang paling bermakna kepada mereka.

“Semasa saya menggubah lagu ini, saya memikirkan bahawa kita semua perlu berani untuk mencuba nasib dan menyatakan perasaan sebenar kita kepada orang yang kita kasihi. Saya amat gembira apabila Wall’s Cornetto memberitahu saya tentang kempen Take a Chance. Show Your Love kerana ia merupakan sesuatu yang saya benar-benar percaya. Saya berharap lagu ini akan memberi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk memulakan langkah untuk menyatakan perasaan mereka kerana anda tidak akan tahu hasilnya sehingga anda mencuba,” kata Akim yang mempersembahkan lagu Inilah Cinta ketika majlis pelancaran kempen.

Selain daripada memperdengarkan lagu tema kempen ini, Wall’s turut memperkenalkan dua aiskrim baru yang hebati iaitu Cornetto Classic Chocolate dan Cornetto Strawberry Cheese Cake.

Untuk peminat coklat, Cornetto Classic Chocolate menjanjikan perisa coklat yang biasa tetapi menyelerakan dan pasti membuat anda teringin lagi.

Bagi mereka yang menggemari perisa buah-buahan, Cornetto Strawberry Cheese Cake membawakan perisa strawberi yang lazat dengan sedikit sentuhan keju.

Kedua-dua perisa kini boleh didapati di semua pasar raya dan kedai runcit dengan harga RM2.20 bagi Cornetto Classic Chocolate dan RM2.80 bagi Cornetto Strawberry Cheese Cake.

Bagaimanapun, dari 1 Februari hingga 30 April 2010, semua peminat Wall’s Cornetto berpeluang untuk menikmati Cornetto Classic Chocolate pada harga promosi RM1.90 sahaja. Tunjukkan perasaan cinta anda Sempena kempen Take a Chance. Show Your Love, Wall’s Cornetto akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk meluahkan perasaan mereka secara kreatif melalui peraduan dalam talian Show Your Love with Your Best Music Clip dari 1 Mac hingga 25 April 2010. Untuk menyertai peraduan ini, pengguna hanya perlu mendaftar di www.cornetto.com.my dan menghasilkan video muzik pendek menggunakan lagu tema kempen, Inilah Cinta, disertakan dengan gambar peribadi mereka. Video boleh dihasilkan dengan menggunakan aplikasi mesra pengguna yang sedia ada.

Selain hadiah utama berupa wang tunai RM10,000, video yang memenangi tempat pertama juga berpeluang untuk disiarkan di televisyen. Pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima RM5,000 dan RM2,000.

Di samping itu, Wall’s juga mempelawa seluruh rakyat Malaysia mencuba nasib dalam promosi Wall’s Kumpul dan Tebus yang membolehkan mereka memenangi hadiah menarik dari 22 Februari hingga 30 April 2010!

Peminat aiskrim hanya perlu membeli aiskrim kon Wall’s Cornetto dan menghantar nombor kod yang terdapat pada penutup kon melalui SMS. Setiap kod mewakili jumlah mata yang berlainan. Peserta paling cepat mengutip mata yang mencukupi berpeluang untuk memenangi hadiah berikut:

Ø 5000 mata iPhone 3G serta pakej Maxis selama 12 bulan x 10 pemenang

Ø 2500 mata Kamera Digital Sony x 10 pemenang

Ø 1000 mata iPod Shuffle 2GB x 100 pemenang

Ø 250 mata Pemacu pen 2GB Cornetto x 1000 pemenang

Ø 150 mata Tiket wayang x 1000 pemenang

Ø 100 mata CD Cornetto edisi terhad x 2000 pemenang

Sekarang adalah masanya, jadi cubalah nasib dengan Wall’s Cornetto!

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan