Filem 'My Name Is Khan' Ditayang Bawah Kawalan Keselamatan

Diterbitkan: Sabtu, 13 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penayangan Filem 'My Name Is Khan' dibawah kawalan keselamatan. - Foto REUTERS
Penayangan Filem 'My Name Is Khan' dibawah kawalan keselamatan. - Foto REUTERS

TUAN rumah kepada dunia glamor India Bollywood, hari ini memulakan penayangan filem terbaru bintang terkenalnya Shah Rukh Khan, "My Name is Khan", di bawah perasaan takut yang disemarakkan oleh aktivis sayap kanan.

Filem itu dijadual untuk penayangan seluruh pada pagi ini tetapi ramai pemilik panggung wayang di negeri Maharashtra, Barat India yang bimbang tindak balas daripada Shiv Sen, iaitu kumpulan nasionalis Hindu, enggan berbuat demikian.

"Polis telah bersetuju untuk menghantar anggotanya tetapi suasana adalah berisiko. Kami hanya orang biasa dan tak akan mampu menangani keganasan jika ia berlaku," Presiden Pune Film Exhibitors Association, Sadanand Mohol, memberitahu akhbar The Hindu.

Kontroversi meletus selepas Khan berkata pemain Pakistan wajar dimasukkan dalam liga kriket India - Indian Premier League, yang akan datang.

Kumpulan Shiv Sen kemudian menuduh Khan mahu memenuhi kehendak pemain kriket Pakistan dan mendesak permohonan maaf daripadanya tetapi pelakon berkenaan enggan berbuat demikian.

Sebagai tindakan balas, parti politik yang diketuai pemimpin berusianya Bal Thackeray menjadikan filem terbaru Khan sebagai sasaran dengan mengoyak poster, merosakkan panggung wayang dan membakar patung kertas pelakon berkenaan.

Beberapa kompleks panggung wayang utama juga membatalkan penayangan filem yang ditunggu-tunggu itu pagi ini, walaupun ada jaminan kerajaan negeri dan pihak polis untuk meningkatkan kawalan keselamatan.

Tetapi apabila peminat Khan dilihat mula berbaris untuk tayangan pada sebelah petang pemilik panggung memutuskan untuk menayangkan filem tersebut.

Kira-kira 11,000 anggota polis telah dihantar berkawal sekitar Mumbai, ekoran daripada ancaman para pemimpin Shiv Sen dan sekitar 2,000 aktivis telah ditahan sebagai langkah pencegahan.

Ancaman itu turut 'melimpah' ke negeri-negeri berjiran menyebabkan pemilik kompleks panggung wayang keberatan untuk menayangkan filem tersebut kerana bimbang berlaku rusuhan dan kerosakan harta mereka. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan