Amani Semakin Bahagia Di Samping Gavin

Diterbitkan: Sabtu, 13 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nani dan Gavin serasi bersama ketika ditemui di majlis tayangan amal filem Magika, baru-baru ini. - Foto The Star oleh HAFZI MOHAMED
Nani dan Gavin serasi bersama ketika ditemui di majlis tayangan amal filem Magika, baru-baru ini. - Foto The Star oleh HAFZI MOHAMED

USIA 'persahabatan' mereka masih hijau. Baru saja menginjak tujuh bulan namun keserasian pasangan ini jelas terpamer daripada bahasa tubuh dan gurau senda mereka. Itulah yang boleh diperkatakan mengenai hubungan dua bintang muda, Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya atau Nani dan pasangannya, Gavin Stenhouse.

Nani mengakui Gavin memang istimewa di hatinya. Dia senang dengan kewujudan jejaka itu di sampingnya. Malah, bukan sekadar kata cinta dan perasaan sayang, persahabatan merpati sejoli ini lebih cenderung untuk berkongsi cerita kerjaya.

"Memang benar kami 'keluar' bersama. Saya selesa dengannya, begitu juga sebaliknya. Hubungan kami berjalan dengan baik.

"Kami saling menyelami hati dan karakter masing-masing. Jujurnya, memang saya senang dengan Gavin.

"Saya gembira dan bahagia di samping Gavin. Dia seorang lelaki yang menyenangkan dan selesa untuk didampingi.

"Tapi hubungan kami bukan sahaja 'sibuk' memfokus pada cinta semata-mata, kami lebih cenderung berbincang tentang cerita kerja dan kehidupan," kata Nani selamba.

Ditanya mengenai perancangan masa depan bersama, Nani tergelak besar sebelum memberi jawapan.

Katanya, di usia 23 tahun, mereka sama sekali tidak pernah memikirkan tentang perancangan untuk berkahwin atau hidup bersama. Perjalanan kerjaya yang terbentang luas di hadapan lebih menjadi fokus buat pasangan ini.

"Kami masih muda, baru 23 tahun. Tak pernah lagi memikirkan perancangan hendak berkahwin.

"Keutamaan kami buat masa ini adalah untuk bekerja keras. Namun, kami berkawan seperti biasa," katanya.

Melihatkan kemesraan mereka di majlis tayangan amal filem terbaru lakonannya, Magika, baru-baru ini, Nani lantas diusik dengan pertanyaan adakah dia selesa untuk mempamerkan hubungannya bersama Gavin dengan khalayak.

Tanpa perlu berselindung, Nani membalas, sebolehnya dia mahu menyimpan cerita peribadinya untuk diri sendiri sahaja tapi dia tidak pernah terfikir untuk menipu peminat.

Padanya, tidak perlu keterlaluan dalam menayang kekasih atau bersusah-payah untuk menjaja cerita peribadi.

Namun, jika masyarakat mengetahuinya, dia harus akur kerana cerita cinta dan gosip artis yang sering menjadi tarikan kepada peminat.

"Saya tidak pernah menafikan saya berkawan dengan Gavin tetapi rasanya tidak perlulah saya hebah-hebahkan perkara itu.

"Sebagai manusia biasa, saya juga cuba untuk menyimpan privasi untuk diri sendiri.

"Tapi nak buat macam mana, sebagai artis saya akur peminat memang suka untuk mengetahui kisah-kisah peribadi artis kesayangan mereka.

"Namun, itu tidak bermakna saya perlu jaja atau canang cerita peribadi sewenang-wenangnya.

"Cuma, saya tidak pernah berbohong atau cuba untuk menyembunyikan kisah privasi kepada peminat.

"Sekiranya mereka terserempak atau ternampak, saya tidak perlu untuk mengelak atau larikan diri," kata Nani yang mula mencipta nama menerusi filem Sepet.

Sebagai Bawang Putih dalam Magika

Menyentuh karier lakonan, bintang yang bakal muncul dengan filem Magika ini teruja dengan pengalaman membintangi filem fantasi itu.

Jelas Nani, wataknya sebagai Bawang Putih dalam filem arahan Edry Abdul Halim itu adalah watak yang menyeronokkan untuk dibawa.

"Bawang Putih adalah watak yang mudah dan ringkas. Menariknya, saya berpeluang untuk membuat intrepretasi sendiri terhadap watak ini.

"Edry memberi kebebasan untuk mencorakkan watak ini tapi masih mengikut bentuk yang dia mahukan. Selebihnya, dia beri kebebasan kepada pelakon untuk menghayatinya," katanya lagi.

Mengulas pengalaman bekerja di bawah Edry, Nani berkata, peluang bekerja di bawah Edry dan produksi KRU Studios adalah pengalaman yang istimewa.

Sesi pembacaan skrip yang berlangsung antara pengarah dan pelakon sebelum penggambaran banyak membantu kepada kelancaran proses lakonan dan penggambaran.

"Saya senang bekerja di bawah Edry. Dia seorang pengarah yang tahu apa yang dia mahukan.

"Kami banyak berbincang ketika sesi pembacaan skrip untuk mendapatkan mood dan bentuk watak yang terbaik sebelum turun ke lokasi.

"Kami bebas untuk berbincang idea untuk watak yang diberi. Walaupun diberi kebebasan untuk membentuk watak itu mengikut stail sendiri, tapi masih berpandukan kepada skrip dan mengikut persetujuan umum," katanya yang teruja berlakon di samping kakaknya, Sharifah Aleya yang membawa watak Bawang Merah.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan