Hans Isaac Dilayan Bak Putera Raja di Manila

Diterbitkan: Jumaat, 12 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hans Isaac sewaktu penggambaran filem Miss You Like Crazy di sebuah hotel di Kuala Lumpur. - Foto The Star oleh DARRAN TAN
Hans Isaac sewaktu penggambaran filem Miss You Like Crazy di sebuah hotel di Kuala Lumpur. - Foto The Star oleh DARRAN TAN

PENGALAMAN yang dikutip oleh Hans Isaac sewaktu bekerja di negara jiran banyak mengajar pelakon, sutradara dan penerbit terkenal itu.

Malah Hans akui, dia gemar bekerja di bawah produksi luar negara seperti Thailand, Jakarta, Singapura dan Filipina.

Luah Hans: “Saya suka bekerja dengan produksi luar kerana mereka membawa saya sebagai pelakon.”

Jika sebelum ini Hans terpaksa menolak pelawaan produksi besar dari Manila, Filipina iaitu ABS-CBN Film Productions Inc. (Star Cinema) untuk berlakon sebuah drama terbitan produksi itu kerana sibuk dengan projek teater Cuci The Musical.

Kali ini, dia tidak akan menolak lagi apabila ditawarkan berlakon filem berjudul Miss You Like Crazy (MYLC).

Filem itu diarahkan oleh Cathy Garcia-Molina, pengarah terkenal di Manila yang pernah menghasilkan filem paling box-office di sana seperti A Very Special Love, You Changed My Life, dan You Are The One.

Ia turut menampilkan pelakon terhangat Filipina iaitu Bea Alonzo dan John Lloyd Cruz.

Menariknya mengenai filem berbahasa Inggeris, Melayu dan Tagalog itu, ia akan ditayangkan di 130 pawagam di Manila serta 15 buah negara di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Kanada dan India pada 24 Februari ini.

“Setakat ini, penggambaran telah mencecah 80 peratus dan lagi empat hari ia akan selesai di Malaysia sebelum pulang semula ke Manila pada 13 Februari ini.

“Saya memegang watak Mir iaitu seorang ahli perniagaan yang kaya berketurunan raja dan tinggal bersama seorang anak setelah kematian isterinya.

“Selepas itu, Mir bertemu dengan seorang wanita bernama Mia Samonte (Bea) di Australia. Bea dan John merupakan hero dan heroin dalam filem ini sebaliknya saya hanya memegang watak sampingan.

“Saya perlu berbahasa Inggeris dan Tagalog dengan Bea. Selain itu, dia juga berbahasa Melayu dalam filem ini kerana kami bercinta lebih setahun dan menjadi tunang saya,” cerita Hans serba sedikit mengenai filem lakonannya.

Hans agak bertuah kerana terpilih sebagai pelakon pertama Malaysia yang berlakon filem di bawah produksi Filipina yang pernah menerbitkan filem box-office.

“Saya dilayan seperti putera raja tanpa dipinta. Bukan sahaja disediakan kereta mewah dan penginapan yang selesa, saya juga mendapat pembantu peribadi yang membantu sepanjang menjalani penggambaran di Manila baru-baru ini.

“Malah, saya telah ditemubual oleh beberapa media di sana dalam satu temubual khas,” ujarnya kepada mStar Online.

Walaupun kadangkala dia dan krew produksi mengalami masalah untuk berkomunikasi kerana mereka lebih banyak menggunakan bahasa Tagalog, namun lama-kelamaan masalah tersebut berjaya diselesaikan.

Pelakon filem Persona Non Grata itu juga tidak lokek untuk berkongsi cerita mengenai Malaysia dengan rakan-rakan sekerjanya.

“Apa yang membezakan produksi di Malaysia dengan di Filipina, waktu kerja mereka lebih lama dan lagi teruk kerana mengejar dateline,” beritahunya.

Bakal Dikenali Di Filipina

Sementara itu, Hans akui dirinya masih baru dalam industri perfileman Filipina.

“Setakat ini, orang di Filipina belum mengenali Hans Isaac tetapi media di sana sudah mula menemubual saya.

“Saya tak pernah fikir menerima filem ini untuk memasarkan diri-sendiri tetapi disebabkan peluang... dan apabila saya baca skrip MYLC, pada mulanya saya fikir 50-50.

“Tetapi apabila saya membaca akhir cerita itu, saya terus bersetuju sebab watak Mir lain dari yang lain,” akhiri Hans.

Pemuda berusia 38 tahun itu tidak sabar menantikan tayangan perdana filem cinta itu di Manila pada 23 Februari ini kerana dijangkakan seramai 25,000 penonton yang akan ‘turun padang’.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan