Diana Pilihan Yang Paling Tepat Setelah 10 Tahun Pencarian - U-Wei

Diterbitkan: Jumaat, 12 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

U-Wei bakal tampil dengan filem terbarunya Hanyut. Foto The Star Oleh NORAFIFI EHSAN
U-Wei bakal tampil dengan filem terbarunya Hanyut. Foto The Star Oleh NORAFIFI EHSAN

PENGARAH tersohor, U-Wei Saari telah pun menamatkan pencariannya terhadap pelakon utama filem terbarunya, Hanyut dengan memilih bintang muda Diana Danielle sebagai Nina.

Selain itu dia turut menyifatkan pemilihan pelakon yang diumumkan kelmarin adalah yang paling tepat setelah 10 tahun pencarian.

"Kumpulan pelakon ini adalah yang terbaik daripada filem-filem saya sebelum ini. Saya yakin mereka mampu memainkan watak masing-masing dan membawa jalan cerita dan skrip filem Hanyut seperti yang diharapkan." ujarnya.

U-Wei turut mengakui akibat terlalu lama sehingga mengambil masa 10 tahun, banyak perubahan pelakon yang dilakukan bagi memastikan mereka betul-betul pilihan yang tepat.

"Ada beberapa pelakon yang sudah digantikan dengan pelakon yang lain disebabkan beberapa faktor, salah satunya kerana tidak bersesuaian dan ada juga yang ada projek lain tapi yang pasti pilihan terakhir ini adalah yang terbaik," katanya yang mengikuti perkembangan filem tempatan walaupun mengakui tidak menonton televisyen dan membaca akhbar.

Ketika ditanya tentang krisis bersama beberapa pelakon suatu masa dahulu sehingga dia enggan mengambil pelakon tersebut berlakon dalam mana-mana filem arahannya, U-Wei menjawab bahawa dia tidak menyimpan apa-apa dendam malah menyifatkan watak tersebut tidak sesuai dengan pelakon itu.

"Saya tidak ada masalah dengan mana-mana pelakon, jika watak itu tidak sesuai dengan mereka saya akan tolak dan cari yang betul-betul sesuai. Disebabkan itu mungkin dia yang bermasalah dengan saya," ujarnya yang amat memilih bila mencari aktres utama untuk filemnya.

Selain itu, filem Hanyut juga akan menggunakan khidmat pelakon popular Hollywood, Chris Vance bagi melakonkan watak utama sebagai Kaspar Almayer.

Pengarah yang terkenal menerusi filem pertama, Perempuan, Isteri dan... itu berkata pemilihan aktor siri Prison Break dibuat mengikut kesesuaian pada karakter filem berkonsep epik itu.

Vance, 38, yang berasal dari London sebelum ini pernah memegang watak sebagai James Whistler dalam siri popular itu. Pelakon itu bagaimanapun tidak hadir pada sidang media berkenaan.

"Saya cuba mendapatkan beberapa pelakon terkenal Hollywood tetapi Vance lebih sesuai membawakan watak ini," kata U-Wei.

Bagaimanapun dia tidak mendedahkan jumlah bayaran yang diterima pelakon terkenal itu termasuk kos pembikinan filem keenamnya kali ini.

Filem ini turut menampilkan pelakon Indonesia, Alex Komang dan pelakon tempatan Khalid Salleh, Sofia Jane, Diana Danielle dan Adi Putra. Diana pula dipilih menerusi uji bakat di laman portal yang turut disertai 200 pelakon dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Indonesia dan Singapura.

Filem yang diadaptasi daripada karya pertama penulis novel Joseph Conrad iaitu Almayer's Folly telah dihasilkan pada 1895.

Skrip filem ini mengisahkan pedagang Inggeris, Almayer yang hidup di Malaysia pada kurun ke-19. Penggambaran filem ini yang dijadualkan pada 14 April nanti mengambil lokasi di Kuala Lipis dan Pekan, Pahang.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan