Salman Ke Barisan Hadapan Bela Shah Rukh Khan

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RAMAI pelakon Bollywood tidak teragak-agak menyatakan sokongan mereka terhadap pelakon kesayangan Bollywood, Shah Rukh Khan yang sedang hangat diheret ke kancah kontroversi kerana pertelingkahannya dengan kumpulan politik Shiv Sena.

Selebriti terkenal Salman Khan, Abishek Bachchan, Shabana Azmi, Kajol dan Nana Patekar terus melemparkan kata-kata pedas pada kepemimpinan Shiv Sena kerana cuba mensabotaj filem terbaru Shah Rukh 'My Name Is Khan' gara-gara tidak puas hati di atas komen Shah Rukh yang mempertahankan pemain-pemain kriket Pakistan agar diserapkan ke dalam team Indian Premier League (IPL).

Menteri senior Shiv Sena, bekas speaker Lok Sabha, Manohar Joshi memberi amaran bahawa semua filem Shah Rukh Khan tidak akan dibenarkan ditayangkan di Mumbai jika Raja Bollywood terus degil meminta maaf di atas komennya.

Namun, Shah Rukh tetap tidak berganjak dengan pendiriannya. Dia masih beridir teguh di atas segala komen yang diberi tentang isu pemain kriket Pakistan tempuh hari. Di tengah kemelut ini, nasib Shah Rukh cukup beruntung kerana ramai selebriti Bollywood yang berganding bahu memberi sokongan kepadanya.

Paling vokal antara mereka ialah Salman yang berkata, jangan campur adukkan fahaman politik dan kriket.

"Kita tidak boleh campur aduk politik dan kriket. Ini bukan soal filem Shah Rukh, Salman Khan atau Aamir Khan. Ini filem untuk semua orang dan kami semua ada hak atas negara ini.

"Kami sebagai pelakon tidak pernah lagi keluar dan berkata jangan undi parti ini atau parti itu," kata Salman.

Aktor berkarektor Nana Patekar pula, seorang berketurunan Maharashta, menyalahkan kerajaan kerana terlalu memberi kebebasan pada puak Shiv Sena.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan