Norman Tidak Mahu Disamakan Dengan Pengetua AF Lain

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Norman cuba formula baru untuk membantu masa depan pelajar AF8. - Foto The Star oleh SIA HONG KIAU
Norman cuba formula baru untuk membantu masa depan pelajar AF8. - Foto The Star oleh SIA HONG KIAU

SEMUA tahu Norman Abdul Halim adalah nama besar dalam industri muzik tanah air.

Oleh kerana itu, tidak hairanlah sebagai Pengetua dalam program realiti Akademi Fantasia Musim Kelapan (AF8) dia ada keupayaan mencipta kelainan menentukan jatuh bangunnya nasib pelajar-pelajar sebaik tamat rancangan realiti itu.

Jika musim lalu, Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina telah mempertaruhkan formula ‘Transformasi’.

Musim ini, Norman memberitahu akan mengumumkan formulanya pada sidang media memperkenalkan para pelajar AF8 hujung bulan ini.

Ditanya apakah formulanya, Norman berkata: “Ikutkan tiada apa-apa tagline tetapi saya lebih fokuskan kepada perspektif jangka panjang pelajar AF8.

“Maksudnya, saya bukan sahaja fokuskan pelajar AF8 sehingga peringkat akhir program ini sahaja tetapi turut fokus kepada pasca AF8 untuk membina kerjaya mereka,” ulas Norman kepada mStar Online semalam.

Dia menganggap kepercayaan yang diberikan oleh Astro itu begitu besar kepadanya apabila memilihnya sebagai pengetua AF8.

“Saya berasa terharu, gembira dan merendah diri apabila diberikan peluang untuk membantu bakat-bakat baru dalam industri ini lebih baik pada masa hadapan.

“Selain memberikan hiburan kepada penonton, ini merupakan satu tanggungjawab besar bagi membaiki program ini ke tahap yang lebih tinggi.

“Apabila sudah masuk AF8, penanda aras saya ialah AF7. Saya ada cara tersendiri dan jangan bandingkan saya dengan pengetua yang lain.

“Sama juga dengan pengacara, saya rasa Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley mampu membawa kelainan pada musim ini. Mereka juga mempunyai karakter yang ‘gila-gila’,” jelasnya lagi.

Norman berkata, dia akan pastikan setiap graduan AF8 berjaya dalam aktiviti seni termasuk nyanyian dan seni persembahan.

Jadi, dia telah menyusun perancangan untuk menggilap bakat-bakat muda itu selain akan mengambil mereka yang berbakat menyertai KRU Studios nanti.

“Saya nak tumpukan kepada pendidikan pelajar AF8 terlebih dahulu. Selebihnya, kita akan umumkan semasa peringkat akhir AF8. Saya tak nak nanti orang ingat saya menggunakan kepentingan sendiri.

“Saya harap semua pelajar selain ada bakat dapat belajar dengan baik, berdisiplin dan komited. Peluang dah ada, jadi mereka perlu gunakan jalan yang ada untuk mencapai impian mereka.

“Setakat ini saya berpuas hati dengan pemilihan pelajar dan saya akan terlibat secara menyeluruh pada peringkat akhir ujibakat AF8 nanti,” kata penyanyi kumpulan KRU itu.

Sementara itu, dia berkata akan mengekalkan elemen ‘kejutan’ dalam AF8 bagi menarik minat penonton.

Dia yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU Studios itu juga bersetuju dengan tindakan Astro untuk mengumumkan keputusan penyingkiran pada hari yang berlainan.

Semasa majlis memperkenalkan pengetua, pengacara dan tenaga pengajar kelmarin, Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah berkata, pembaharuan untuk musim kelapan adalah memilih Sabtu sebagai hari untuk peserta membuat persembahan, manakala Ahad pula hari 'debaran' peserta tersingkir.

Mengulas mengenai konsep baru berkenaan, Norman berkata, pengasingan waktu konsert dan penyingkiran adalah wajar kerana penonton akan beremosi sewaktu membuat pemilihan.

“Jadi, apabila pengundian dilakukan pada hari seterusnya, penonton tidak akan terpengaruh dengan emosi. Saya anggap ia suatu yang positif,” tuturnya.

Dalam pada itu, Norman juga berpuas hati dengan barisan tenaga pengajar AF8 yang mengekalkan Siti Hajar Ismail selaku Guru Vokal Teknikal, Linda Jasmine (Guru Tari), Adnan Abu Hassan (Guru Vokal Persembahan), Fatimah Abu Bakar (Kaunselor dan Guru Bahasa Inggeris) selain menampilkan muka baru iaitu pelakon Que Haidar (Guru Drama).

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan