Nirina Cari Penderma Darah Melalui Twitter

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nirina bimbang kesihatan anak yang baru dilahirkannya Sabtu lalu.
Nirina bimbang kesihatan anak yang baru dilahirkannya Sabtu lalu.

BINTANG filem Nirina Zubir dan suaminya, Ernest, bimbang dengan kondisi bayi mereka yang baru dilahirkan. Bayi Nirina-Ernest mengalami penyakit kuning dan memiliki kadar bilirubin yang membahayakan.

"Kemarin sudah berada di tahap yang cukup berbahaya. Kata doktor, cara yang paling cepat adalah dengan pertukaran darah," jelas Ernest, seperti dipetik DetikHot.

Ernest dan Nirina mencari darah untuk puteri mereka, Zivara, melalui Twitter dan BlackBerry Messenger, Selasa malam lalu. Mereka telah meminta bantuan untuk mencari golongan darah O.

Pasangan selebriti itu bersyukur, kini Zivara sudah mendapatkan penderma darah yang sesuai. Darah O dari si penderma sudah dimasukkan pada puteri kecil mereka, pada Rabu lalu.

"Ramai yang membantu kami, mereka orang yang baik. Saya tidak mampu untuk mengucapi satu-persatu. Saya terharu sangat," tutur Nirina.

Selama Zivara menjalani pemindahan darah, Nirina tidak mahu berada jauh dari bayinya. "Saya ada di situ, tapi tidak dibenarkan masuk ke dalam ruang tersebut," katanya.

Ketika tahu bayinya mengalami masalah kuning dan kadar bilirubinnya membahayakan, Nirina mengaku tertekan. "Aku tertekan kerana berasa kasihan, soalnya dia masih kecil untuk membuat pemindahan darah. Saya tidak mampu untuk melihat," ujarnya lagi.

Bintang film Love Is Cinta itu bersyukur kini bilirubin Zivara sudah turun menjadi 13. Dia berharap, Zivara segera sembuh dan akan pulang ke rumah.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan