Kakak Tua: 'Dua Alam' Baru Dr Rozmey

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Dr Rozmey Che Din. - Foto The Star oleh LOW LAY PHON
Datuk Dr Rozmey Che Din. - Foto The Star oleh LOW LAY PHON

TENTUNYA kehadiran Datuk Dr Rozmey Che Din, pendatang baru yang kini bergelar produser filem 2 Alam adalah satu perkembangan yang cukup menarik. Biasanya orang baru, azam pun baru dan pendekatan juga tentu lain dari yang lain.

Tapi kata orang, bila sudah masuk 'gelanggang silat', perlu juga tahu serba sedikit tentang bunga-bunga silat. Kalau main terjah saja, tentu sumbang gaya dan peradabannya, betul tak doktor?

Mujurlah, sahabat baru Kakak Tua ni tangkas 'bersilat' dalam hal-hal bersangkutan bisnes, jadi tidak janggallah rentak dan tari silatnya.

Banyak yang terpesona dengan penampilan Dr Rozmey termasuklah kolumnis 'Apa Khabar' . Ini kerana Dr Rozmey begitu unik penampilannya, kesegakannya bergaya begitu rapi persis usahawan glamor berkot, bertali leher serta kilauan cuff link.

Sesuai sangatlah gelaran 'Ikon Juara Rakyat' yang diberi padnya oleh ratusan ribu penyokong produk 'Just Mate 5'.

Penampilannya yang segak bergaya bukan saja sekadar sesejuk mata memandang tapi terletak juga pada kemanisan suak rambutnya yang stailo dan berombak ikut alunannya tersendiri.

Peradaban pula berhemah, tutur katanya bisa dalam segala kelembutan, tajam dalam pemikiran, diserta pula dengan mukadimah 'insya-Allah' yang tak lekang di bibir hinggalah ke strategi pemasarannya yang di luar jangkaan. Itu belum masuk lagi bab branding 'dR Rozmey' yang disasarkan berbilion ringgit.

Pendek kata, serba serbi pakej yang ada padanya tepat dan sesuai sangatlah personaliti hartawan seperti Dr Rozmey terjun dalam bidang perfileman walaupun dia sebenarnya adalah pakar perbidanan dan sakit puan.

Bila dah masuk 'kandang kambing', kenalah belajar mengembik walaupun kita jaguh luar kerana begitulah 'adat resamnya'. Tak dinafikan, Dr Rozmey memang far sighted dan mempunyai idea-idea menarik yang jarang ada pada penerbit filem tempatan sebab itulah dia juga bertindak sebagai penulis skrip, penerbit dan penasihat filem 2 Alam.

Jalan cerita filem ini pula berada dalam kelasnya tersendiri, garapannya juga kedengaran menarik dan barisan bintang yang menghiasi filem ini semuanya yang terbaik khabarnya.

Dr Rozmey begitu taksub menjadikan 2 Alam filem contoh yang disasarkan meraih kutipan 12 juta, sampaikan dia pastikan pelakon ekstra pun kena ada latar belakang lakonan.

Dr Rozmey tidak mahu digelar hartawan walaupun dia menyasarkan empayarnya bernilai berbilion ringgit pada tahun 2013 kerana takut disalah erti sebagai angkuh.

Memang dasyat pesona dan penangan doktor yang seorang ini. Dr Rozmey seorang Mr Cool yang tetap yakin dan tidak gundah walaupun pengarah baru Hairee Othman sudah buat laporan polis kerana mendakwa tidak dibayar oleh pihak produksi.

Bagi Dr Rozmey, dakwaan Hairee tak berasas kerana "saya doktor cash dan seorang yang jujur dan tidak menipu".

Pening juga memikirkan siapa antara kedua-dua personaliti ini yang bercakap benar.

Takkanlah tokoh perniagaan yang diulit wang ringgit seperti Doktor Rozmey berani memutar belit fakta? Apa pula muslihat Hairee untuk buat laporan polis yang tidak berasas? Mustahil pula kalau ini sebagai gimik sebelum tayangan filem 2 Alam?.

Betul juga kata Dr Rozmey, isu ini kecil saja, tak payah dibesar-besarkan. Tapi masalahnya Kakak Tua masih bingung mencari rasional di sebalik kekalutan cakap Hairee dan mimpi Dr Rozmey kerana isu ini mengaitkan nama besar dan bukan calang-calang orang.

Awalnya, teori Sherlock Holmes Kakak Tua, mungkin juga Dr Rozmey ada formula sendiri untuk mencipta branding untuk Hairee, hero filem Leftenan Adnan ini. Tapi teori ini terpaksa ditolak tepi kerana hakikatnya Hairee memang tidak ada track record sebagai pengarah filem.

Bayangkan, sekadar resumenya sebagai pelakon saja, Hairee sudah berjaya menggapai mimpi sebagai pengarah hanya kerana dia sahabat Dr Rozmey. Itulah yang dinamakan rezeki harimau. Dan itulah juga kemusykilan baru yang masih belum terungkai.

Di sebalik ribut dalam cawan, tentu ramai tak sabar menanti buah tangan terbaru dan gandingan mantap Hairee @ Dr Rozmey dalam filem 2 Alam.

Awal-awal Kakak Tua dah nampak foreshadownya....sudah jelas lagi bersuluh. Dr Rozmey sedang memasuki alam baru dan ternyata laporan polis Hairee hanya satu fasa menyesuaikan diri kerana bisnes filem dan bisnes 'Just Mate 5' adalah 'dua alam' yang jauh berbeza. Pesanan untuk Dr Rozmey, anggaplah mereka yang tidak sealiran dalam alam perfileman ini sebagai 'Just Mate'. Dan all the best to you, Dr Rozmey!

Kakak Tua: Sekilas ikan di air, sudahku tahu jantan betina....

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan