Lindsay Lohan Dipukul Teman Wanita Samantha

Diterbitkan: Rabu, 10 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEKASIH kepada penyanyi Samantha Ronson dikatakan telah memukul aktres terkenal Hollywood Lindsay Lohan.

Aktres tersebut sebenarnya masih menyimpan perasaan marah terhadap Samantha.

Dia turut memberitahu kawannya mengenai percintaan yang adakalanya romantik dan sangat kejam.

Selain itu, dia mengakui masih terdapat kesan parut luka yang disimpannya ketika bercinta dengan Samantha.

"Saya pernah lihat kepala Lindsay seperti bengkak. Dia memberitahu saya, Sam telah memukul dan pernah mencekiknya," kata seorang kawan Lohan.

Walaupun mereka berdua telah berpisah, namun ke dua-duanya masih menghubungi antara satu sama lain.

Perkara ini bukan kali pertama Lohan membuat tuduhan terhadap Samantha.

Lohan pernah memaki hamun bekas kekasihnya itu di laman sosial twitter dan membuat tuduhan terhadap dua orang wanita.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan