Johan Bimbang Kesihatan Anak Yang Tidak Cukup Bulan

Diterbitkan: Rabu, 10 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KELAHIRAN cahaya mata adalah berita gembira yang pastinya disambut penuh kesyukuran oleh si ibu dan ayah. Namun, ia sedikit berbeza bagi pelawak dan pengacara program Raja Lawak, Johan.

Bukan Johan tidak bersyukur atau gembira menyambut kelahiran bayi lelakinya yang baru melihat dunia empat hari lalu. Cuma menurut bapa muda ini, keadaan kesihatan anaknya yang tidak begitu baik itu sedikit sebanyak mengganggu fikirannya.

Menurut Johan, bukan dia tidak mahu berkongsi berita baik itu dengan khalayak umum tetapi keadaan bayinya yang masih ditahan di wad itu menimbulkan keresahan dan kerisauan padanya sebagai seorang bapa.

"Anak lelaki saya lahir pada hari Sabtu lalu (6 Februari 2010) di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur.

"Bukan saya tidak mahu menghebahkan berita ini, cuma keadaan kesihatannya yang tidak begitu baik buat masa ini merunsingkan fikiran saya.

"Dia lahir tidak cukup bulan dan terpaksa ditahan di wad sejak dua hari lepas.

"Mudah-mudahan keadaannya akan beransur pulih secepat mungkin dan dijauhkan daripada sebarang perkara yang tidak diingini," katanya.

Sementelah, komitmennya dengan jadual penggambaran di Johor menambahkan lagi kebimbangan di hati kerana terpaksa berjauhan daripada isteri dan anak yang kini berada di Kuala Lumpur.

"Saya sangat bimbang sebenarnya. Apatah lagi, apabila terpaksa berjauhan daripada bayi dan isteri kerana terikat dengan jadual penggambaran di Johor ketika ini.

"Saya sangat bimbang dengan keadaan bayi. Tapi, sejak dia dimasukkan ke wad, keadaannya semakin stabil," jelas Johan lagi.

Ketika diminta mengulas lebih lanjut, Johan berkata, dia masih belum bersedia untuk mencanangkan berita kelahiran anaknya itu.

Memadailah dengan dia memaklumkan bahawa bayi lelakinya itu berada dalam keadaan stabil dan sudah dua hari berada di dalam wad.

"Jujurnya, saya sangat bimbang dan tidak sedap hati melihat keadaan anak saya.

"Namun syukurlah anak saya berada dalam keadaan stabil walaupun sudah dua hari ditahan di wad untuk rawatan lebih rapi.

"Tunggulah, bila keadaannya sudah beransur pulih, saya pasti akan hebahkan berita baik ini," ujar Johan yang mengakui berasa tidak sedap hati dan bimbang dengan dugaan yang menimpanya.

Ditanya mengenai keadaan isterinya, aktres Ozlyn Wati, Johan berkata, isterinya berada dalam keadaan yang baik. Pasangan itu disatukan pada 25 Julai 2009 lalu di Masjid Lembah Jaya, Ampang.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan