Black Masih Rahsiakan Nama Kekasih - Berita Hiburan | mStar

Black Masih Rahsiakan Nama Kekasih

Diterbitkan: Rabu, 10 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Black ketika beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-24.
Black ketika beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-24.

SELEPAS bergelar juara Mentor musim ke-3, Black atau nama sebenarnya Md. Hanafiah, seringkali dihujani cerita panas dengan bekas mentornya, Mas Idayu. Bagaimanapun, Black selalu menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan janda beranak satu itu.

Baru-baru ini, Black sekali lagi yang mempamerkan kemesraan dengan bekas mentornya itu selepas diumumkan sebagai pemenang Kategori Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-24 hingga menjadi buah mulut orang ramai.

Penyanyi yang sedang popular dengan lagu Aku Rindu Sayang Kamu itu, memberitahu hubungan baik antaranya dengan Mas Idayu seperti ibu dan anak kerana dia turut memanggil 'mummy' kepada bekas mentornya itu.

"Saya tidak mempunyai hubungan istimewa dengan dia (Mas Idayu). Saya anggapnya sebagai seorang ibu," katanya selepas majlis penyerahan cek kepada pemenang Anugerah Juara Lagu ke-24, di Penthouse TV3 Sri Pentas.

Belum lagi reda gosip panas bersama bekas mentornya, Black kini berhadapan pula dengan cerita panasnya mengenai gambarnya bersama seorang perempuan yang telah tersebar di internet.

Apabila ditanya mengenai kesahihan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan perempuan yang bersamanya itu adalah kekasihnya, Black yang tersipu-sipu malu memberitahu perempuan itu sebenarnya bukan buah hatinya, tetapi mereka mempunyai hubungan yang sangat rapat.

"Saya mempunyai ramai kawan perempuan, tapi yang ini paling rapat dengan saya.

"Saya boleh katakan dia adalah kawan perempuan yang boleh dilabelkan nombor satu.

"Lagipun, saya rasa senang ketika bersamanya dan selalu berkongsi cerita dan masalah dengannya," ujarnya malu-malu.

Dalam pada itu, jejaka yang menetap di Pantai Dalam bersama keluarganya itu, tidak menafikan mempunyai perasaan istimewa dengan perempuan tersebut yang sudah lama dikenalinya.

"Dah lama kami kenal, tapi saya belum melamarnya lagi untuk menjadi kekasih saya.

"Ibu bapa saya juga tidak melarang dengan siapa saya berkawan atau bercinta. Mereka hanya menasihatkan saya supaya pandai menjaga tingkah laku dan jangan melakukan perkara-perkara yang tidak baik," kata Black, yang berusia 23 tahun.

Namun begitu, Black yang semakin digilai peminat memberitahu dia tidak akan menyembunyikan buah hatinya jika mereka sudah bergelar pasangan kekasih suatu hari nanti.

"Buat masa ni, saya masih terus berkawan rapat dengannya, tapi jika kami ada hubungan lain, semua orang akan tahu," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Black kini dalam proses melebar empayarnya untuk bergelar usahawan pakaian, menggunakan nama kedai tersebut Zwarthna bermaksud hitam dalam bahasa Itali.

Black yang bakal memperkenalkan kedainya itu kepada umum memberitahu, dia masih merahsiakan mengenai kedai tersebut daripada pengetahuan keluarganya.

"Saya ingin buat kejutan...," jelas Black yang enggan mendedahkan mengenai kedai barunya itu.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan