Peminat Sanggup Menanti 8 Jam Demi Kris Allen

Diterbitkan: Selasa, 9 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HANYA untuk satu hari saja. Peluang bertemu juara program realiti American Idol 8, Kris Allen tidak dipersiakan oleh para peminat bintang itu sempena rangka promosi album sulungnya, Kris Allen di Kuala Lumpur, semalam.

Kemeriahan peminat muda khususnya, mula dirasakan seawal jam 10 pagi lagi apabila mereka mula membanjiri sekitar ruang legar Centre Court di Mid Valley Shopping Centre untuk menjadi 200 peminat bertuah dan berpeluang bertemu Kris secara eksklusif.

Sempena kunjungan seharinya di sini, Kris atau nama sebenarnya Kristopher Neil Allen telah menampilkan sebuah persembahan istimewa di The Gardens Ballroom, The Gardens Hotel, malam tadi.

Menurut Kris, dia sangat teruja dengan sambutan peminat di Malaysia dan tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut tentang Malaysia.

"Saya gembira kerana dapat bertemu dengan peminat-peminat saya di sini. Saya tidak sangka sambutan di Malaysia sangat menggalakkan.

"Malah, saya juga difahamkan banyak makanan-makanan istimewa di sini seperti durian, nasi lemak, sate dan roti canai. Saya tak sabar untuk mencubanya," ujarnya.

Persembahan selama satu jam setengah yang bermula sekitar jam 9 malam itu menyaksikan Kris mengalunkan rendisi lagu-lagu daripada album sulungnya termasuklah lagu rakaman semula popular Kanye West, Heartless, No Boundaries, Live Like We're Dying, Red Guitar dan Before We Come Undone.

Walaupun terdapat sedikit kesilapan teknikal di awal persembahan, Kris bijak mengatasi situasi itu dan berjaya menampilkan sebuah persembahan bertenaga di hadapan lebih kurang 1000 penonton.

Sementara itu, kemeriahan dan jeritan peminat Kris mula bergema di seluruh ruang legar pusat membeli-belah itu di sebelah petangnya apabila bintang berusia 24 tahun itu muncul untuk sesi autograf eksklusif.

Siri jelajah Asia bintang kelahiran Jacksonville, Arkansas, Amerika Syarikat itu ke Malaysia telah dibawakan khas oleh Star World dengan kerjasama Sony Music, Astro dan Hitz.fm.

Kunjungannya ke sini antara lain adalah untuk menyemarakkan kehangatan musim baru American Idol 9 yang sudah bermula sekarang.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan