Hairie Buat Laporan Polis Produksi Tak Bayar Gaji

Diterbitkan: Selasa, 9 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELAKON Hairie Othman kelmarin membuat laporan polis setelah tidak berpuas hati dengan produksi filem Dua Alam yang masih belum membuat bayaran kepadanya dan artikel sebuah akhbar yang mengatakan dia telah menghancurkan filem tersebut.

Dia juga menafikan dakwaan telah merosakkan filem pertama Dr Movie Production Sdn Bhd dan menyebabkan produksi tersebut menjadi tunggang-langgang.

Kenyataan yang dibuat di Balai Polis Jitra juga menyebut perkara tersebut adalah berunsur fitnah dan berniat buruk untuk merosakkan kredibilitinya sebagai pelakon dan pengarah baru.

"Saya kesal apabila dikatakan telah menghancurkan filem Dua Alam dan dibuang daripada meneruskan penggambaran filem tersebut.

"Pada saya, saya telah melakukannya dengan sebaik mungkin, ini merupakan filem pertama tentulah saya nak buat yang terbaik. Saya telah siapkan filem tersebut lebih awal iaitu lapan hari daripada 10 hari yang ditetapkan.

"Saya tidak tahu di mana yang mereka kata saya tidak pandai dan tidak berpengalaman. Selama ini saya dah berlakon berapa banyak drama dan filem.

"Saya buat laporan polis sebab sehingga kini pihak produksi masih belum lagi membayar gaji saya dan beberapa orang lain yang menjayakan filem ini dan artikel akhbar kelmarin turut memberi kesan pada kredibiliti saya," kata Hairie yang kesal dengan sikap beberapa pihak dalam produksi tersebut.

Bawa Ke Mahkamah

Pelakon ini juga memberitahu akan membawa perkara ini ke mahkamah jika pihak produksi tidak memberi sebarang penjelasan dan memohon maaf secara terbuka.

"Saya tengah cari siapa yang buat fitnah tersebut, pada saya mereka itu berniat buruk pada saya.

"Saya mahu dia tampil minta maaf secara terbuka dan selesaikan secara baik. Jika tidak saya akan bawa perkara ini ke mahkamah," kata Hairie.

Dalam pada itu, Hairie turut memberitahu bahawa dia telah diberhentikan tanpa sebarang sebab yang munasabah dan menggantikan tempatnya dengan anak pengarah Z.Lokman iaitu Ed Zarith Lokman.

"Saya sudah buat yang terbaik, tapi mereka tak suka. Mereka nak buat semuanya asal boleh sahaja. Dia rasa filem ini boleh dibuat cincai sahaja.

"Bila saya minta bajet lebih, macam-macam alasan. Mereka tak nak bayar pelakon yang mahal, nak extra yang murah-murah. Penyelesainya mereka selalu tangkap muat sahaja.

"Saya tegur pelakon pun saya pula yang kena tegur. Akibatnya saya dan beberapa pelakon yang lain direhatkan tanpa sebab dan gantikan tempat saya dengan Ed Zarith Lokman.

"Alasan mereka pakai untuk menggunakan dua pengarah, dua blok, dan dua khidmat Pengarah Fotografi memang tak munasabah langsung. Mana ada filem ada dua pengarah macam ni," ujarnya dengan nada marah.

Hubungan Dengan Dr. Rozmey

Sementara itu, ketika ditanya tentang hubungannya dengan penerbit filem Dua Alam, Datuk Dr Rozmey Che Din, Hairie memberitahu perkara tersebut tidak melibatkan penerbit filem itu.

"Perkara ini tiada kena mengena dengan Dr. Rozmey, dia hanya mahu filem itu siap pada waktu yang ditetapkan. Ini masalah politik dalaman antara saya dan beberapa orang dalam produksi tersebut," ujar Hairie yang memberi tempoh seminggu kepada produksi untuk meminta maaf secara terbuka.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan