Ana Raffali Bantu MASKARA Rintis Jalan Pengkarya Indie

Diterbitkan: Selasa, 9 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ana membuat persembahan di 'Malam Baca Naskhah Sindiket Sol-Jah dan Kawan-Kawan yang Kita Suka' (MASKARA).- Foto Sindiket Sol-jah.
Ana membuat persembahan di 'Malam Baca Naskhah Sindiket Sol-Jah dan Kawan-Kawan yang Kita Suka' (MASKARA).- Foto Sindiket Sol-jah.

FENOMENA kumpulan Indie yang satu persatu masuk ke dunia hiburan mainstream turut membuka jalan kepada kumpulan yang menamakan diri mereka Sindiket Sol-Jah memperjuangkan pergerakan indie yang lain melalui bidang penulisan, puisi,sajak dan novel.

Malam Baca Naskhah Sindiket Sol-Jah dan Kawan-Kawan Yang Kita Suka(MASKARA) menjadi platfom kepada penggiat seni indie untuk mempersembahkan karya mereka di hadapan khalayak.

Kelmarin, bertempat di Rumah Pena, pergerakan Sindiket Sol-Jah yang diketuai oleh Lan Hussain bersama ahli kumpulannya telah menganjurkan aktiviti bulanan yang mengumpulkan semua lapisan penggiat seni.

Acara yang mendapat penyertaan menggalakkan daripada pelbagai peringkat umur itu menampilkan sembilan peserta dengan persembahan nyanyian, syair, puisi dan lawak jenaka sebagai satu bentuk mengekspresikan diri.

Menurut Lan atau lebih dikenali sebagai Sinaganaga, Sindiket Sol-Jah ditubuhkan bagi memberi peluang kepada mereka yang ingin mempersembahkan karya mereka mengikut cara tersendiri tanpa terikat dengan falsafah atau polisi mana-mana organisasi.

"Kami merasakan tidak banyak tempat atau majlis yang memberi peluang kepada penulis dan penggiat seni yang belum mapan dan tidak dikenali atau baru hendak mencipta nama. Tapi bersama kami mereka berpeluang berbuat demikian.

"Ia juga bersifat sebagai medan untuk mengumpul manusia dan berkongsi minat yang sama iaitu seni. Selain itu, ia menjadi medium kepada semua lapisan penggiat seni bertemu. Maka majlis ini mahu jadikan tempat untuk penulis sastera melupakan pertelingkahan dengan penulis pop, penulis Islamik boleh duduk satu bumbung dengan penulis yang liberal, penulis yang tinggi egonya boleh bersalaman dengan penulis yang tiada ego langsung, penulis yang idealis tapi hanya tahu cakap sahaja bertemu dengan penulis yang betul-betul idealis," ujarnya.

Acara yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai peringkat umur itu kebiasaannya akan diuar-uarkan di laman blog www.sol-jah.blogspot.com dan laman sosial facebook.

"Kami mahu menjadikan MASKARA sebagai satu majlis untuk mengumpulkan penggiat seni amatur mencurahkan kreativiti yang terpendam dan menjadi satu ruang berkarya. Kami harapkan agar ia menjadi acara yang tidak dibebankan dengan soal wang.

"Kini sudah 3 tahun Soljah menjalankan aktiviti ini, kebiasaannya kami melakukan aktiviti ini setiap dua bulan sekali.

"Segala aktiviti akan kami umumkan di Facebook dan blog dan buat masa ini Sindiket Sol-Jah mempunyai pengikutnya sendiri. Setiap acara yang dianjurkan selalunya mendapat sambutan menggalakkan," ujarnya yang juga menerbitkan buku-buku ciptaan ahli kumpulan mereka secara independent.

Sementara itu, persembahan yang kebiasaannya disertai oleh penggiat seni indie ini juga turut disertai oleh penyanyi yang sedang meningkat naik, Ana Raffali.

Menurut penyanyi lagu 'Hujan Bunga di Kuala Lumpur' ini, aktiviti sebegini sering disertainya bagi mengisi masa terluang.

"Aktiviti ini bagus terutamanya kepada mereka yang berbakat tetapi tiada tempat untuk mempersembahkan karya mereka.

"Selain itu, di sini bukan hanya menyanyi tetapi ramai yang buat persembahan yang pelbagai. Pada saya secara tidak langsung dapat juga bertukar-tukar pendapat.

"Saya sendiri sudah beberapa kali buat persembahan di sini, secara tidak langsung dapat memperdengarkan lagu-lagu baru ciptaan saya," ujar Ana.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan