Peminat Sanggup Menanti 8 Jam Demi Kris Allen

Diterbitkan: Isnin, 8 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HANYA untuk satu hari saja. Peluang bertemu juara program realiti American Idol 8, Kris Allen tidak dipersiakan oleh para peminat bintang itu sempena rangka promosi album sulungnya, Kris Allen di Kuala Lumpur.

Kemeriahan peminat muda khususnya mula dirasakan seawal jam 10 pagi lagi apabila mereka mula membanjiri sekitar ruang legar Centre Court di Mid Valley Shopping Centre bagi melayakkan mereka menjadi 200 peminat bertuah untuk bertemu Kris secara eksklusif.

Sempena kunjungan seharinya di sini, Kris atau nama sebenarnya Kristopher Neil Allen bakal menampilkan sebuah persembahan istimewa malam ini di The Gardens Ballroom, The Gardens Hotel.

Menurut Kris, dia sangat teruja dengan sambutan peminat di Malaysia dan tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut tentang Malaysia.

"Saya gembira kerana dapat bertemu dengan peminat-peminat saya di sini. Saya tidak sangka sambutan di Malaysia juga sangat menggalakkan.

"Saya juga difahamkan banyak makanan-makanan enak di sini dan saya tak sabar untuk mencubanya." ujar anak muda ini.

Persembahan yang dijangka bermula sekitar jam 8 malam ini bakal menyaksikan Kris mengalunkan lagu-lagu yang dipetik daripada album sulungnya termasuklah single pertama, Live Like You're Dying; versi rakaman semula lagu popular Kanye West, Heartless dan banyak lagi.

Sementara itu, kemeriahan dan jeritan peminat-peminat bintang berusia 24 tahun ini bergema di seluruh ruang legar pusat membeli-belah ini untuk sesi autograf eksklusif ini. Siri jelajah bintang kelahiran Jacksonville, Arkansas, Amerika Syarikat itu ke Malaysia yang dibawakan khas oleh Star World dengan kerjasama Astro dan Hitz.fm adalah untuk menyemarakkan kehangatan musim baru American Idol 9 yang sudah bermula sekarang.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan