Bipasha Lancarkan DVD Untuk Wanita Kelihatan Seksi

Diterbitkan: Isnin, 8 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKTRES Bollywood yang mendapat jolokan seksi, Bipasha Basu baru melancarkan sebuah DVD khas untuk wanita yang idamkan badan seseksinya.

Malah, teman lelakinya yang macho, John Abraham khabarnya sudah mencuba beberapa latihan did alam DVD itu.

Aktres berusia 31 tahun itu begitu teruja untuk melihat respon dari peminatnya setelah DVD itu dilancarkan.

"Cinta Diri Anda Seperti Bipasha Basu....fit dan cantik," DVD ini khas untuk wanita yang cintakan diri mereka. Begitu kata-kata yang tersemat di dalam DVD tersebut.

"Walaupun DVD ini untuk kaum wanita, lelaki pun boleh mencubanya. John telah mencubanya dan dia betul-betul tertarik," kata Bipasha.

Bipasha, yang terkenal dengan diet khasnya menunjukkan cara-cara bagaimana untuk mendapatkan potongan badan menarik dengan latihan selama 25 minit. DVD itu dilancarkan di bawah label Shemaroo.

Ia diasaskan dari prinsip-prinsip kuat, sihat dan cintai diri.

"Untuk kelihatan cantik adalah satu bonus. Semua orang perlu melakukan ini untuk melahirkan rasa cinta pada diri sendiri," kata Bipasha.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan