Saya Kembali Menjadi DJ Bukan Kerana Wang - Halim Othman

Diterbitkan: Ahad, 7 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NAMA Halim Othman memang tidak asing lagi dalam dunia penyiaran radio tanah air. Kepetahannya berkomunikasi di corong radio bagaikan memberi santapan halwa telinga pengemar radio pada setiap awal pagi.

Jejaka berusia 45 tahun yang sudah hampir 10 tahun berkecimpung dalam bidang ini memberitahu bukan mudah untuk menjadi seorang penyampai radio yang sejati. Tatkala senario penyampai baru kini bagaikan cendawan tumbuh, Halim mengibaratkan penyampai-penyampai baru sebagai 'mee segera'.

"Kini saya lihat ramai yang berlumba-lumba nak jadi DJ. Semua yang masuk program realiti pun bercita-cita nak jadi penyampai radio, malah ramai penyanyi-penyanyi yang diambil menyertai stesen-stesen radio tempatan. Ia satu penghormatan di mana telah mengangkat martabat DJ kepada satu kerjaya pilihan.

"Tapi dari sudut lain pula ia mengacau kepada orang yang betul-betul bercita-cita dan berbakat untuk jadi DJ. Saya mengambil masa yang agak lama untuk belajar jadi DJ.

"Pada saya seorang DJ yang sejati perlukan minat, cita-cita dan bakat serta kebolehan menarik pendengar dengan cara tersendiri. Bukan kerana untuk menarik minat sekelompok peminat sahaja," ujar Halim yang mengagumi Faizal Ismail sebagai antara DJ sejati yang sedang meningkat naik.

Dalam pada itu, Halim turut menafikan dakwaan bahawa beliau mendapat bayaran tertinggi di Suria FM berbanding penyampai lain.

"Itu khabar angin semata-mata. Saya kembali ke bidang ini bukan kerana duit. Saya kembali semula kerana terlalu cintakan bidang ini dan juga kerana peminat-peminat saya.

"Selama dua tahun berehat saya dapat rasakan begitu kehilangan. Kemana saya pergi pun peminat-peminat tanya kemana saya menghilang," katanya yang telah berjaya menarik sebahagian peminatnya mendengar Suria FM.

Anak jati Terengganu ini, bukan setakat mencipta nama sebagai penyampai radio, malah beliau juga antara selebriti awal yang mengacarakan rancangan Roda Impian di saluran televisyen Astro Ria, namun menurut Halim buat masa ini dia ingin mengangkat nama Suria FM sebelum kembali menjadi pengacara program tv.

"Matlamat saya satu iaitu untuk menjadikan Suria FM antara tiga stesen radio terbaik di Malaysia walaupun banyak tawaran pengacaraan yang diterima saya terpaksa tolak," ujarnya.

Sementara itu, Halim yang telah melakukan pelbagai jenis kerja termasuklah guru bahasa Inggeris di Masjid Taman Desa, Kuala Lumpur ketika hampir dua tahun tidak bertugas sebagai penyampai radio mengakui tidak dapat melupakan bidang penyiaran radio yang telah sebati dalam jiwanya apatah lagi adanya sokongan dan permintaan daripada para peminatnya.

"Saya juga berazam mahu menjadikan dunia penyiaran radio sebagai salah satu medium media massa yang boleh dijadikan wadah penting untuk memberi manfaat kepada para pendengar.

"Setakat ini saya sudah capai keserasian dengan pasangan saya, Zizi dalam segmen pagi yang kami kendalikan dan banyak maklum balas yang positif kami terima dari pendengar.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan