Anne Tolak Watak 'Alice In Wonderland' Untuk 'White Queen'

Diterbitkan: Ahad, 7 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKTRES Anne Hathway terpaksa menolak tawaran menjadi bintang utama dalam filem Tim Burton, "Alice In The Wonderland" sebab dia bosan memakai pakaian gadis cantik bak pakaian bidadari.

Anne dipelawa membawa watak Alice dalam filem itu tetapi dia lebih tertarik untul berlakon jadi Permaisuri 'White Queen' sebab dia pernah membawa watak protagonis sedemikian dalam filem The Princess Diaries yang pernah memperkenalkan Anne dalam bidang lakonan.

Watak Alice itu akhirnya diserahkan kepada pendatang baru dari Australia Mia Wasikowska, tapi Anne tidak menyesal menolak peranan tersebut.

Anne memberitahu majalah GQ Britain,"Studio pernah menawarkan watak ini kepada saya agak lama juga.

"Saya cuba menimbang semula tawaran itu memandangkan saya pernah membawa watak yang hampir serupa dalam filem,'The Princess Diaries'.

"Setelah Tim menerima idea saya untuk melakonkan watak 'White Queen' yang saya interpretasikan di antara watak Debbie Harry, Greta Garbo, David Bowie, dengan sedikit sentuhan Dan Flavin," kata Anne.

Aktres 27 tahun itu begitu yakin peminat akan menyukai filem Burton ini mengadunkan interpretasi klasik Lewis Carroll.

"Interpreatsinya begitu menarik sekali. Tim membawa balik ke Wonderland - 10 tahun kemudian."

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan