Khatijah Ibrahim Antara Jayakan Konsert Tabung Kanser Payudara

Diterbitkan: Sabtu, 6 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Khatijah Ibrahim, Jaclyn Victor dan Roy adalah antara penghibur yang akan membuat persembahan dalam satu konsert khas bagi mengumpul dana untuk Tabung Kanser Payudara Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang dirancang untuk diadakan di Universiti Malaya bulan depan.

"Konsert "Beri Kesempatan Hidup" di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM) pukul 8 malam pada 6 Mac itu akan dirasmikan oleh Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim," kata Naib Canselor universiti Datuk Dr Ghauth Jasmon pada satu persidangan akhbar semalam.

Beliau berkata dana hasil konsert itu akan digunakan dalam usaha membantu mengurangkan kos rawatan kanser payudara buat pesakit, selain membantu dalam melaksanakan kajian mengenai penyakit kanser payudara.

Katanya kos untuk rawatan pemulihan ketika ini adalah antara RM15,000 dan RM20,000, malah ada yang menjangkau sehingga RM150,000 tiap seorang pesakit, manakala kos bagi meringankan penderitaan boleh menjangkau sehingga dua kali ganda lebih banyak, dan jumlah pesakit yang dirawat oleh pusat perubatan pula meningkat pada kadar lima peratus setiap tahun.

Katanya sejak dana itu dilancarkan pada tahun 2000, ia menerima pembiayaan daripada kerajaan dan tahun lalu dana RM356,759 yang diterima disalurkan kepada 69 pesakit.

"Bagi PPUM jumlah dana ini perlu ditingkatkan segera, dan kami benar-benar berharap orang ramai akan mengambil berat mengenai perkara ini kerana barah payudara adalah penyebab kematian yang kedua paling tinggi bagi kaum wanita ketika ini," katanya.

Tiket-tiket konsert yang bernilai dari RM10 kepada RM500 boleh dibeli di PPUM, Dewan 3 Pusat Pameran Mid Valley Megamall, tingkat bawah SACC Mall Shah Alam, Pasar Malam Bangsar, dan tingkat bawah Tropicana City Mall.

Ghauth berkata hanya 1,200 tiket akan dijual untuk konsert ini, dan orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjuit mengenai tike-tiket itu boleh menghubungi Pusat Sumber kanser Payudara dengan menelefon 03-79493642.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan