Tarikh Nikah Ditentukan Malam Berinai Hujung Bulan Ini – Umie Aida

Diterbitkan: Jumaat, 5 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMASA majlis pertunangannya pada September lalu, aktres terkenal Umie Aida, 37, pernah mengumumkan untuk melangsungkan majlis pernikahan mereka sekitar awal Januari lalu secara tertutup.

Namun, pada majlis ulang tahunnya yang ke-37 bulan lalu, Umie di samping tunangnya, ahli perniagaan Datuk Khairuddin Abu Hassan, 48, berkata mereka akan dinikahkan dalam masa terdekat ini di luar negara dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga sahaja.

Ada ura-ura mengatakan mereka memilih Mekah sebagai lokasi hari bersejarah itu.

Tidak mengiyakan mahupun menafikan, semalam, Umie sambil tergelak kecil berkata segala persoalan mengenai perkahwinan pasangan bahagia ini akan dirungkai pada malam berinainya pada hujung bulan ini.

Ketika ditanya mengenai persiapan perkahwinan termasuk destinasi, tarikh pernikahan dan hantaran, Umie hanya menjawab: “Insya-Allah, semuanya akan diumumkan semasa malam berinai nanti. Persiapan berjalan dengan lancar dan segala perancangan sudah siap. Tinggal untuk pengantin duduk sahaja…”

Setakat ini, Umie belum mengetahui bilakah tarikh dan waktu majlis berinai itu akan diadakan tetapi tempatnya telah ditetapkan di lokasi pertunangan mereka di I-Zen, Mont Kiara 1 - kondominium mewah yang dihadiahkan oleh Khairuddin kepadanya sempena perkahwinan mereka kelak.

Bercerita mengenai majlis berinai Umie, dia berkata majlis yang akan mendapat sentuhan pereka terkenal Kem Salleh dengan warna tema hitam dan putih.

“Malam berinai itu diadakan atas permintaan ibu saya, Asmah Mohd Ali. Sebelum ini saya tak pernah terfikir pun untuk mengadakan majlis ini.

“Apabila fikir balik, bagus juga saya melakukan majlis ini untuk meraikan kawan-kawan rapat dan media yang tidak dapat menghadiri majlis nikah kami nanti.

“Majlis itu akan berlangsung mengikut adat Melayu dan dihadiri oleh 50 orang tetamu termasuk keluarga sebelah pihak perempuan. Jadi bakal suami saya mungkin tidak akan hadir dalam majlis itu,” ceritanya.

Setelah bernikah nanti, Umie berkata sebuah majlis resepsi perkahwinan bagi kedua-dua pihak pengantin akan dilangsungkan di Kuala Lumpur.

Untuk majlis pernikahan dan resepsi nanti, Umie akan menggunakan khidmat pereka tersohor Jovian Mandagie. Tema resepsi perkahwinan pilihan Umie adalah tradisional moden.

Semestinya majlis perkahwinan Umie tidak mewah dengan tajaan dan seperti kata Umie: “Semuanya dibuat sendiri.”

Ditanya mengenai perkembangan seninya, Umie baru selesai penggambaran telefilem Mashitah yang akan disiarkan di TV3 pada 6 Februari ini.

“Sekarang, saya mengambil peluang untuk merehatkan diri sahaja,” akhiri pelakon filem Kala Malam Bulan Mengambang ini.

Umie dirisik oleh Khairuddin yang berstatus duda anak dua itu pada 17 Mei 2009 setelah berkenalan pada April 2009.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan