Sah AC Mizal Undur Diri Hos AF8

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tiada lagi AC Mizal dengan Akademi Fantasia. - Foto The Star oleh HAFZI MOHAMED
Tiada lagi AC Mizal dengan Akademi Fantasia. - Foto The Star oleh HAFZI MOHAMED

TATKALA beberapa nama pengacara hebat tanah air termasuk Aznil Hj Nawawi, Sarimah Ibrahim, Anita Sarawak dan AC Mizal sendiri disebut-sebut sebagai pengemudi Akademi Fantasia 8 (AF8), hos untuk dua musim lalu itu punya cerita sebaliknya.

Mungkin ia bukan khabar gembira buat peminat AC dan AF amnya, namun anak seni yang semakin aktif bergelar usahawan itu terpaksa mengundur diri sebagai pengacara AF musim ini.

Pengumuman mengenai pengunduran AC dilakukan secara rasmi oleh Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah dan Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, siang tadi.

Menurut Zainir, keputusan pengunduran AC daripada program realiti itu dilakukan setelah mendapat persetujuan bersama di antara kedua-dua belah pihak.

"Perbincangan dengan AC mengambil masa yang panjang, sejak tahun lepas lagi.

"Memandangkan pihak kami menghormati kerjaya AC yang semakin berkembang dalam bidang keusahawanan, kami terpaksa melepaskan AC daripada AF.

"Namun, ini tidak bermakna AC tidak akan terlibat langsung dengan sebarang program lain.

"Dia hanya tidak dapat beri komitmen untuk AF sahaja. AC masih lagi artis eksklusif Astro, dia akan terus bekerjasama untuk program-program lain.

"Kami akan terus menerbitkan program-program lain yang bersesuaian dengan masa dan jadual AC.

"Kami menghormati komitmen AC pada cabang perniagaan yang giat diusahakannya kini.

"Komitmen untuk AF musim ini lebih intensif kerana kami bakal tampilkan pengisian program yang berbeza dan lebih segar bersesuaian dengan selera penonton hari ini.

"Memandangkan AC tidak dapat beri komitmen itu, maka kami tidak boleh paksa.

"Setelah berbincang, AC putuskan untuk undur diri daripada AF dan keputusan itu dilakukan dengan persetujuan bersama," katanya.

Mengulas mengenai pengundurannya, AC berkata, perasaannya bercampur-baur mengenai keputusan besar itu.

Dia yang mengakui lega dan sedih dengan pengunduran itu menganggap AF sebagai pentas keramat yang menguji kebolehannya sebagai pengacara.

"Jujurnya saya rasa lega dan sedih dengan keputusan ini. Saya lega sebab tidak rasa tekanan besar untuk mengacarakan AF lagi.

"Tapi pada masa yang sama, sedih juga sebab tak dapat nak mengacarakan program ini lagi.

"Saya terpaksa lepaskan tugas yang cukup istimewa itu demi komitmen pada cabang perniagaan.

"Namun, saya amat bersyukur kerana berpeluang mengendalikan program hebat seperti AF selama dua musim.

"Dengan menjadi pengacara AF, saya sudah tiada apa lagi yang hendak dibuktikan dalam bidang pengacaraan," ujar AC.

Bercerita mengenai faktor pengundurannya, AC berkata, dia tidak dapat memberikan komitmen kepada program itu kerana komitmen terhadap bisnes di bawah syarikatnya sendiri, AC Konsortium.

"Memang sejak dulu lagi saya ingin menjadi usahawan. Alhamdulillah peluang itu sudah terhidang di depan mata hari ini.

"Niat saya adalah untuk memanfaatkan kelebihan ini membantu orang lain pula.

"Bukan saya tidak mahu mengacarakan AF lagi, cuma saya tidak dapat membahagikan masa antara bisnes dan AF.

"Saya terikat dengan seminar bisnes hampir setiap minggu. Sebelum saya menghampakan mana-mana pihak di kemudian hari, lebih baik saya buat keputusan ini sekarang," katanya.

Zainir mahupun Azlin bagaimanapun enggan mengumumkan pengganti AC untuk AF musim ini.

Sidang media rasmi mengenai hos baru AF akan diadakan pada minggu depan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan